Monday, May 11, 2009

Selamat Hari Ibu


Baru saya terperasan yang video diatas ini masih lagi tersimpan di dalam external hardisk saya semalam. Secara kebetulan juga, menonton kembali video ini mengingatkan saya bahawa hari ini adalah Hari Ibu sedunia. Video ini saya download beberapa bulan lalu untuk dihidangkan pada ibubapa saya di kampung bila saya balik nanti, saya berpendapat yang ibubapa saya perlukan sedikit pembaharuan bahan tontonan selain menonton tv. Ternyata mereka menyukainya.


Video diatas mungkin sebuah video musik berbajet rendah yang dibuat untuk tujuan dibuat vcd karaoke.Video ini menunjukkan seorang awek cun yang juga merupakan si penyanyi bernama Dian Ekawaty dalam dua situasi dan lokasi berbeza, Satu dalam keadaan dia berbaju Bodo, baju tradisi bagi wanita-wanita Bugis dan satu lagi dalam keadaan duduk di tangga bersama ibunya di sebuah rumah kampung.


Sayang sekali bahasa Bugis saya tidak banyak, saya cuma paham sikit-sikit sekaligus menjejaskan pemahaman saya tentang apa yang cuba diceritakan oleh sang penyanyi. Nasib baiklah saya tidak buta bahasa bugis sepenuhnya. saya masih boleh paham walaupun sedikit, Menurut apa yang saya paham dan dibantu juga dengan apa yang kita sama-sama lihat pada video ini, lagu ini menceritakan tentang penghargaanya pada jasa-jasa ibunya. Juga tentang kekesalan yang akan ditanggung kepada mereka yang tidak menghargai jasa ibunya. Begitu la lebih kurang apa yang saya paham..


Saya masih berfikir apa hadiah yang patut saya belikan untuk ibu saya sempena hari ibu tahu ini?? kasi cadangan.. selamat hari ibu!!.

8 comments:

Paan Ovrtd said...

Belikan dia sesuatu yang dia pasti dia akan guna selalu, Dan...pasti kau akan rasa sayang lebih dalam padanya.

Unknown said...

beli tiket bas tung ma.
pulang bulu silou,
jumpa mama,
peluk cium dia,

it's the greatest gift ever.

Anonymous said...

uhh. mesin jahit? :DD

yan yan said...

kmi kc hadiah anting2..jan jeles..even mama sa pkai tdung tp klu dia pg msak kan slalu buka tdung..pikir2 kan lah..

E-oNe said...

Apa hadiah yg sesuai utk mama mu..?
Dulu masa ko masi d semenanjung mama mu selalu tanya aku "c miming tu ada ceweknya ka sda dsana kenapa dia nda mau blik sini" terus aku tanya dia blik klau ada kenapa makcik terus dia cakap "syukurlah klau ada, senang sikit hati ku ada yg bole ganti sda aku jaga dia"
renung2 kan dan selamat beramal...

Unknown said...

si miming???
dannnn... sy tau suda nama kampung ko. aiii kiutnya kena panggil miming.

dean said...

jemputan menulis di sini; http://deletedbooks.blogspot.com/

zhrh said...

buat perangai elok-elok sudah
tu hadiah paling sivik buat mak kamu