Tuesday, August 26, 2008

Masa Muda

Dua bulan lalu handphone yang saya pakai ini bertukar status daripada dibagi saja-saja kepada sebuah pemberian hadiah hari jadi. Saya pasti yang kakak saya, sewaktu memindahkan data-data dari handphone ini ke handphone barunya terbaca sms ucapan selamat harijadi daripada seorang kawan saya waktu itu.

Goenawan berkata yang tahun adalah seperti cermin. Di depanya kita melihat wajah kita yang semakin menunjukkan perbezaan. Jika kita merayakan ulang tahun ke 28 hari ini kita pasti tidak akan melihat lagi diri kita menjadi 28 lagi di lain hari.

Tidak lama dulu saya pernah menghantar msg selamat ulang tahun kepada seorang kawan bunyinya lebih kurang berbunyi - betapa ghairah kehidupan membuat kita tidak pernah merasa tua.. kita akan membiarkan usia berlalu begitu saja tapi jiwa kita masih kekal di satu tahap yang sama.

Thursday, June 26, 2008

EURO 2008 Against Rasisme!!

saya masuk ke bilik menyambung tidur malam tadi selepas siaran langsung perlawanan bolasepak euro terganggu. Saya tinggalkan Jerman dan Turki menentukan nasibnya masing-masing. Pagi tadi di pejabat saya semak keputusan perlawanan melalui internet. Dan Jerman lebih bertuah, bermakna peluang sudah terbuka untuk mereka menjadi juara bola sepak eropah tahun ini.

Satu benda yang membuat saya kagum pada perlawanan semalam itu ialah terdapat papan-papan tanda yang di sekeliling padang bertulis "UNITE AGAINST RACISM". Saya kurang ambil tau dan hanya melihat perlawanan euro 2008 ini kalau ada kesempatan terluang saja sebenarnya, sehinggalah rasa ingin tau saya tentang papan tanda itu saya temui jawapanya di internet.. menurut artikel yang saya baca sebelum perlawanan bermula kedua dua kapten pasukan berdiri di tengah padang berikrar untuk melawann rasisme. Kempen tersebut adalah hasil kerjasama antara Football Against Racism in Euro (FARE) dengan UEFA dan FIFPro.

Saya agak terharu dengan keprihatinan yang sebegini. Saya sendiri sering berhadapan dengan perkara-perkara yang berbau rasisme dan saya merasakan betapa pentingnya penerapan tentang pemahaman terhadapa rasisme itu dipelajari, diperbandingkan dan diperbincangkan lalu diperhalusi.

Thursday, May 29, 2008

Kematian

Saya mengirim sebaris sms sebagai ucapan takziah saya kepada seorang kawan di kampung halaman sana atas kematian adiknya semalam sebagai tanda saya turut berdukacita. Menurut cerita yang saya terima kematianya berpunca dari kemalangan jalan raya. Saya tidak ingat dan mungkin tidak kenal langsung adik kawan saya itu sebenarnya.

Saya pernah terbaca sesuatu yang menyebut bahawa pemikiran terbahagi kepada tiga wilayah iaitu 'terpikirkan’ (the thought), ‘yang tak terpikirkan’ (the unthought), ‘yang tak boleh dipikirkan’ (the unthinkable) dan tema kematian mungkin adalah sesuatu yang tergolong dalam wilayah the unthinkable, dan tugas kita adalah membuatnya menjadi the thought. Ini terbukti berdasarkan fakta bahwa tema kematian, walaupun sudah dikaji sejak ribuan abad lampau oleh Epicurus dan para pemikir Stoa, tapi baru mendapat perhatian serius secara sistematik pada era Eksistensialisme modern (via Heidegger, Sartre, Jaspers, dan lain-lain).

Setiap tahun kita mengenang tragedi-tragedi kematian yang pernah terjadi dalam sejarah kehidupan manusia. sebut saja tentang Hiroshima, Perang penaklukan US ke atas Iraq atau Penghapusan kaum di Bosnia. Sekadar menyebut beberapa tragedi. Dan atas sebab-sebab inilah pada satu perspektif lain kematian yang pada mulanya adalah sesuatu yang menakutkan boleh saja bertukar menjadi sesuatu yang menghairahkan kehidupan, bak kata para thrasher "life short play fast".

Thursday, December 20, 2007

Kumpulan Cerita Suka, Duka, Pulang dan Balik

Saya mengirim sebaris komen kepada seorang kawan di Friendster.com bertanyakan apa dia akan balik menyambut krismas di kampungya nanti. Sengaja saya tanya-tanya, mengeratkan lagi silaturahim lah katakan. Semalam juga sepupu saya sudah bertanyakan tentang bila kami akan beli tiket untuk balik berhari raya tahun depan, nampak betul semangatnya untuk balik pulang ke kampung.Balik ke kampung memang manghairahkan jiwa bagi sesetengah orang, apa lagi bagi kami-kami yang kampungnya jauh nun dibawah bayu sana. Saya tau banyak dari kami-kami ini hanya berkesempatan balik setahun sekali sahaja dalam tenpoh setahun, tidak kiralah sama balik untuk menyambut hari raya aidilfitri, Krismas atau Kaamatan. Senyuman pasti akan terukir sejak seminggu sebelum tarikh penerbangan balik, semua aktiviti atau kerja-kerja di pejabat akan serba tak jadi. Jantung pasti berdegup lebih kencang bila teringat orang-orang tersayang, kawan-kawan dan macam-macam lagi benda yang telah ditinggalkan sekian lamanya. Pokoknya balik ke kampung memang mengembirakan hati lah.

Hati akan mula diselubungi awan hitam bila masa pulang semula ke KL tiba, Lagi parah bila fikiran mula terbayangkan begitu banyaknya kerja-kerja di pejabat yang akan menyambut kepulangan kita nanti. Melihatkan kampung yang sunyi dengan bunyi kereta dan segala macam kepesatan kota, malam pula yang sejuk lagi sunyi membuatkan rasa malas nak balik bertambah mengikat ketat diri untuk terus duduk di rumah saja bermalas malasan. Gara-gara semua itu saya pernah membiarkan tiket penerbangan balik saya ke KL burn begitu saja, itu 2 tahun lalu. Habis hangus tiket berharga RM400 waktu itu dibakar rasa puasnya hati saya dapat sambung cuti di kampung waktu itu. Memang betul wang tidak dapat membeli kebahagian, hadapi saja dengan rock n roll. Saya yakin dan percaya. Nasib baik wang simpanan saya masih cukup untuk membeli semula tiket baru.

Playlist: The Popguns, Camera Obscura, Marsheaux, Popsircle

Wednesday, December 12, 2007

Sedikit Cerita Tentang Kasut

Dua hari selepas saya membeli kasut baru, saya memakainya untuk kali pertama ke tempat kerja. Saya tidak menemui cara berjalan saya yang semalam, kaki saya jadi sedikit kaku barangkali malu dengan pasangan barunya. Bau kedai dan bersihnya kasut saya berbanding dengan seluar jeans saya membuatkan saya jadi paranoid dengan orang-orang risau kalau-kalau orang memerhatikanya. Saya berjalan persis robot yang tengah diuji kemampuanya pagi itu. Dari semalam lagi kasut baru ini juga sudah menjadi bahan bualan dikalangan kawan-kawan saya, semuanya bernada sinis dan pedas. kasut baru betul-betul memeningkan kepala.

Dulu sewaktu saya berada dalam tingkatan berapa ntah saya pernah mengalami satu keadaan dimana kasut baru yang ibu saya belikan sempena hari raya membuatkan saya hampir-hampir tak boleh berjalan. Ini kerana kasut tersebut membuatkan bahagian atas tumit saya membengkak, keadaan tak boleh berjalan ini hanya saya rasai pada keesokkan harinya selepas semalam saya meronda semalaman dengan kasut tersebut, kalau laa kasut itu kasut Nike berharga RM300 sudah pasti saya tak perlu menahan kesakitan kaki waktu itu, tapi sayangnya itu kasut murah.

Saya juga masih ingat dulu sewaktu ibu saya memarahi abang saya kerana abang saya menggosokkan sedikit tanah pada kasut barunya dengan alasan supaya kasut baru yang baru ibu saya belikan untuknya itu tidak kelihatan baru, mungkin dia lebih merasa rock n roll kalau dia kelihatan sedikit selekeh ke sekolah, saya hanya melihat abang saya ke sekolah dengan wajah yakin pagi itu. Kini baru saya sedar betapa rocknya abang saya waktu itu haha.

----------------------
Playlist: Popsircle, The Sundays, Missing Person, Blondie, Kafka, Tiger Baby, Bunga Cinta Lestari, Sambasseduer, Seabear, Eisley, Pigsty, Jedi Mind Trick, Saywhy?, Lycantrophy.

Monday, July 23, 2007

Hujan Zaman ini

Hari ini hujan turun lebih awal, sekaligus membuat semua rancangan saya tergendala. Saya reda dengan semua ini, sememangnya tak semua yang kita rancangan akan termakbul. Namun begitu hujan yang turun tak henti-henti kadang-kadang merimaskan juga. Perut perlu diisi dan tekak harus dibasahkan. Untuk semua itu saya tak sanggup mengharungi hujan lebat petang itu.

Sejak kecil lagi saya sudah mendengar orang-orang yang lebih tua dari saya berkata "Hujan itu Rahmat". Dan mungkin masa sudah berlalu dan kata-kata itu sudah tidak selamanya betul. Orang bujang contohnya. Seperti saya, bila lapar akan mencari kedai terdekat untuk menyempurnakan hajat, ini cara orang bujang yang hidup di bandar, seperti petang ini, lapar menjadi teman rapat saya sementara menanti hujan reda. Hujan yang berpanjangan juga merisaukan orang-orang tertentu, bayangkan saja longkang-longkang yang tersumbat dengan banyaknya sampah sekarang ini, semua itu tidak perlu masa lama untuk menenggelamkan bandar KL. Silap hari bulan ada diantara kita yang terpaksa naik bas pergi kerja kerana keretanya ditenggelami air. semuanya mungkin.



Band dan penyanyi solo yang menjadi pilihan waktu ini:
- My Teenage Stride, Assuck, Fistfuck, Destruction, The Charade, Stacey Kent, Billie Holiday, Camera Obscura, California Snow Story, The Boyfriend, Strange Idol.

Monday, February 12, 2007

hujan ohh hujan

Petang tadi saya duduk sendiri bersantai menghabiskan waktu menikmati tea panas gelas besar sambil dikelilingi suasana petang sesudah hujan. Indah, itu yang dapat saya gambarkan dari apa yang saya lihat petang itu. Selalu saya mengidamkan suasana sebegini. Dan memang sejak dua tiga hari ini saya menyaksikan hujan sudah mulai turun memonopoli waktu siang dan malam. Pastinya tidur lebih nyenyak time-time begini dan saya memungkinkan juga jualan kopi dan rokok akan meningkat kerana kebarangkalian orang yang keluar rumah melakukan aktiviti-aktiviti luar adalah kurang. Dalam keadaan hujan begini orang-orang lebih suka duduk diam dirumah minum kopi sambil hisap rokok. Itu semua mungkin.

Saya menterjemahkan hujan dalam sebuah bentuk yang punya kaitan rapat dengan beberapa perkara yang berkait dengan depresi dan kesedihan. Cukup dengan apa yang dapat kita lihat dengan lebih jelas di beberapa tempat di sekitar tempat di malaysia ini sekarang ini. Banjir maksud saya.

Kata Pam dalam jurnalnya, dia memetik kata-kata Gustaff yang baru beberapa hari pulang dari Finland, dia berkata peratus kematian akibat kejadian bunuh diri disana meningkat dan ada teori yang mengatakan bahawa ini adalah disebabkan oleh matahari yang hanya muncul dua bulan pada setiap tahun dan selebihnya adalah mendung dan berawan seterusnya membawa kepada depresi.

Teringat saya kepada beberapa buah filem yang pernah saya tonton sebelum ini, dimana hujan digunakan untuk membantu meningkatkan bau kesedihan didalam sesebuah babak yang berkait dengan kesedihan. Dalam upacara pengkebumian contohnya. Saya mengambil satu contoh babak dalam filem Hell Boy, babak sewaktu mayat ayah angkatnya diusung untuk dikebumikan, Hell boy kelihatan berdiri diatas sebuah tingkat yang tinggi (jambatan barangkali) dan suasana hujan menaikkan lagi suasana kesedihan waktu itu. Dalam filem melayu juga contohnya, Kita masih ingat pada filem "Gila-Gila Remaja". Hujan lebat waktu itu digunakan untuk meraih dan menambahklan lagi emosi kesedihan penonton pada adegan dimana Roy yang ingin pergi lagi selepas menduduki peperiksaan selepas kembali dari pengembaraannya menaiki motor entah kemana. Tapi yang pasti orang yang paling sedih pada babak itu ialah heroin wanitanya (saya tidak tau namanya tapi agak hot hehe).

Hujan mengembalikan memori saya pada zaman kanak-kanak saya. Saya dan adik saya pasti tidak melepaskan peluang main hujan bersama dan peluang begini hanya wujud sewaktu ibubapa kami tidak berada dirumah.

...................................

PLAYLIST: Insect Warfare, Totalitar (disco), Celebral Turbulency, Gride, Proletar, Phobia, Destruction, Immortal Tecnique, Muse. Stars (The Calendar girl), Worship

Monday, November 06, 2006

Hari Selepas Hari Raya

Lapangan terbang Kota Kinabalu petang hari minggu itu jadi macam tempat berpesta. Pesta air mata, tapi sayu ditambah dengan suasana petang yang redup. Teringat saya pada cerita puteri gunung ledang, air mata ntah berapa tempayan perlu dipersembahkan padanya. Tapi cerita petang itu lain, tiada kaitan dengan cerita puteri gunung ledang, ini cerita biasa tentang pertemuan dan perpisahan.

Perhatiaan saya disebuah sudut kosong, berkumpul sebuah keluarga. Seorang wanita, entah siapa dia, barangkali seorang kakak, yang sekejap lagi akan masuk ke balai perlepasan meninggalkan adik-adiknya diluar, seorang demi seorang berpelukan denganya sambil air mata mereka jatuh tanpa was-was pada kedua mereka, mata mereka merah, pipi mereka basah. Saya berpaling ke arah lain mengelak melihat aksi begitu. Mendung hati saya. Di sudut lain, sepasang tua tak habis-habis memeluk dan mencium cucunya, saya pasti itu cucunya. Berat hati agaknya melepaskan cucu kecil mereka itu pergi. Seketika kemudian dua orang tua itu ditinggalkan diluar, cucunya dibawa pergi ibubapanya, mereka cuma mampu melambai sebagai tanda selamat jalan. Itu gambaran. Gambaran sedih petang itu.

Cerita petang itu bukan sebuah cerita yang perlu sangat untuk kita dengar. Itu cerita biasa. Namun, masih tetap saya anggap penting. Saya tau lah sebab saya juga orang Sabah. Sebuah tempat yang jaraknya berpuluh ribu kilometer dari Kuala lumpur. Perlu masa dan sejumlah wang yang banyak untuk urusan ulang alik. Berbeza dengan mereka yang kampungnya di Kuala kangsar atau di Rompin yang boleh pulang sebulan sekali sekurangnya. Pulang setahun sekali itu adalah cerita-cerita biasa kebanyakan orang-orang Sabah. Dan mungkin sebab itulah tarikh hari raya adalah antara tarikh terpenting pada sesetengah orang sabah seperti juga saya.

Ini semua desakan. Desakan hidup. Dan desakan inilah yang menyebabkan cerita-cerita petang itu sering saja berulang setiap kali saya datang ke lapangan terbang untuk pulang ke sini selepas berhari raya di kampung.

....................................
Playlist: Cripple Bastard,Gride,J-rocks,Elle A,The monophones,Aku

Thursday, October 19, 2006

Buffet dan Bulan Puasa ini

Tepat dua hari lalu saya menerima sebaris mesej melalui YM dari seorang kawan, "bunyinya mengajak saya berbuka puasa makan buffet bersama kawan-kawan tempat kerja lama dulu, semacam berbuka dan reunion laa agaknya. Sejumlah wang perlu disediakan untuk semua itu, itu antara syaratnya. Banyaknya hal-hal dan kekurangan saya menyebabkan saya tidak dapat join. Terpaksalah saya membiarkan kegembiraan makan dan berjumpa kawan-kawan yang lama tak jumpa terbuang begitu saja. Mungkin lain kali.

Baru beberapa hari lalu juga seorang kawan saya bertanyakan kalau-kalau saya tau dimana tempat buffet yang best. Semalam juga seorang kawan saya mengabarkan saya tentang sebuah restoran makanan segera multinasional buat buffet sepanjang bulan puasa ni. Buffet macam trend pulak, Kain rentang mempromosikan buffet ini saja boleh dilihat dimana-mana.

Ianya macam ritual manusia-manusia moden dibulan bulan puasa. Bulan ni saja sudah dua kali kali saya berbuka buffet, tahun-tahun lepas cuma sekali. Ruang-ruang hotel juga restoran jadi sibuk dengan orang-orang yang seharian berpuasa manahan nafsu lapar dan dahaga menunaikan antara lima rukun islam ini. Tarikanya apa? mungkin saja sebab boleh makan sampai pengsan dengan hidangan mewah seribu pilihan, Semacam tempat membalas dendam melampiaskan nafsu.

Teringat saya kata-kata AR Badul dalam drama bersiri "Puteri" beberapa minggu lalu, sewaktu diajak oleh anak saudaranya berbuka makan buffet di sebuah tempat yang ada buat offer buffet, katanya lebih kurang begini "tak payahlaa pegi buffet tu, membazir jer, bulan puasa ni masa untuk menahan nafsu". Kata-kata Badul semacam menyindir pulak. Bukan untuk saya saja rasanya, Kalau tokei-tokei hotel atau restoran yang ada buat buffet pun mesti terasa juga dengan kata-kata badul.

ramadan jadi bulan yang mengundang kebodohan, bulan dimana sang pemodal menjual segala keburukan untuk dijadikan kebaikan. Bulan meraikan kebodohan. Kata-kata badul tu cuma ulangan dari sejumlah banyaknya kata-kata ustaz yang pernah kita dengar sebelum-sebelum ini.
.........................................

Playlist semenjak dua menjak ini: Proletar, Cripple Bastard, Madeleine Peyroux, Diana Krall, Sheila Majid, Aku

Tuesday, October 10, 2006

Hari Jumaat yang Lalu

Hari itu hari Jumaat, hari dimana banyak orang memotong kuku tangan dan kaki kerana percaya pada pahala yang lebih jika perbuatan itu dilakukan pada hari tersebut. Dan dihari Jumaat jugalah kita akan menyaksikan ramai laki-laki yang berselipar jepun bersesak-sesak menuju ke masjid mengerjakan solat jumaat.

Sudah menjadi kebiasaan pada mereka yang prihatin kepada perkara sebegini, mereka akan membawa sepasang selipar ke opis untuk dipakai ke masjid atau surau pada hari jumaat menggantikan kasut yang bersifat tidak mesra masjid. Dan mungkin kerana ketidak keperihatinan saya inilah yang memaksakan saya mengambil sedikit masa untuk memujuk seorang kakak seopis saya ini agar dia mau meminjamkan seliparnya yang terukir indah dengan corak bunga-bungaan diatasnya.

Sampai di masjid saya terburu buru berwuduk kerana khutbah sudah hampir selesai. Teringat saya kepada kata-kata ustaz saya dulu katanya "kalau datang awal ke masjid dapat pahala besar macam kerbau kalau lambat dapat pahala kecik macam telur jer. Habis tahyat akhir imam mengumumkan dan mengajak jemaah untuk sembahyang sunat, memohon agar malapetaka jerebu ini cepat reda, saya tidak tidak sembahyang sunat, bukan sebab saya tidak setuju kalau jerebu cepat reda, tapi saya mau cepat.

Saya berpaling menfokus selipar yang saya pinjam tadi, saya ingat tempatnya bersebelahan dengan paip bomba, saya percaya saya tidak silap dan saya yakin, tapi penelitian saya tidak membuahkan hasil, saya cuba lagi beberapa kali, tapi semuanya sama, rasa yakin hilang ntah kemana ditenggelami rasa keliru dan cemas. Seketika hati saya terasa hancur bercampur risau memikirkan camna nak balik dengan berkaki bogel, mesti kaki terbakar dengan bahang jalan raya yang panas bercampur malu dilihat awek-awek kolej yang pulang berkuliah di luar sana. Saya duduk sekejap menenangkan fikiran sambil memerhatikan lelaki-lelaki yang satu demi satu bergerak meningalkan rumah tuhan dan kembali mencari dunia. Tumpuan saya teralih pada sepasang selipar jepun putih berhampiran tempat saya parking selipar saya tadi, firasat saya berkata mungkin tuan punya selipar tu yang curi selipar aku, mungkin juga dia tak curi tapi tersalah pakai, dia tinggalkan saya selipar tu sebagai gantinya, tapi itu semua mungkin dan tiada yang pasti, saya kesuntukan masa untuk semua itu. Seketika saya bangun buat gaya macam selipar tu memang macam aku yang punya dan terus menyarungnya, saya tidak berpaling ke belakang lagi. Apa yang penting sekarang saya harus mempercepatkan langkah takut mana tau tuan punya selipar tu kejar saya, tapi susah, selipar itu sudah tua, uzur lagi lemah tidak berdaya lagi, warnanya pun sudah pudar, tapaknya sudah terlalu tipis dan hampir reput, ia tak mampu lagi menuruti berahi pemakainya, patutlah tuannya cari yang lain.

Saya bertanya lagi ntah yang keberapa kalinya kepada kakak tuan punya selipar, kenapa kak taknak amik selipar ni?, dia gelak kecil jer tanda paham saya buat lawak, tapi tak gelak sampai keluar air mata macam tadi time pertama kali melihat seliparnya tidak lagi berbunga.

Sunday, July 30, 2006

Urgent Thrashfest

Kami mula merentasi gunung-ganang yang memisahkan daerah keningau dengan kota kinabalu seawal jam 11 pagi lagi. Dengan bertemankan rasa risau kalau-kalau termuntah diperjalanan nanti dan rasa macam nak demam, saya dan beberapa kawan-kawan dari keningau meningallkan keningau dengan rasa yang bercampur gaul. Ini adalah kali pertama saya menghadiri upacara yang selalunya dipanggil gig oleh orang-orang muda masa kini di kota kinabalu ini. Kebetulan pula pada hari esoknya saya akan meninggalkan sabah lagi untuk ke ke kuala lumpur melupakan hidup untuk terus bekerja, jadi memang masanya agak sesuai.

Perjalanan 3 jam kami di hidangkan dengan keindahan gunung mas dan dibelai rasa sejuk, membuatkan kami mula menyarungkan baju sejuk masing-masing. kadang-kadang pandangan saya sedikit tidak jelas kerana keadaan yang diselubungi dengan kabus, air-air dari puncak gunung juga dapat saya lihat mengalir terus ke jalan raya membasahi jalan-jalan yang sunyi. Sesekali kami melalui pondok-pondok kecik yang disusun berderet dimana penduduk setempat menjual hasil tani mereka. Kami singgah di sebuah perhentian di puncak gunung, si situ terdapat sebuah motel, restoran dan kedai-kedai runcit menjual makanan ringan, jagung rebus dan buah-buahan, peluang begini jarang-jarang dapat saya rasakan, saya turun dari kereta untuk menyedut udara nyaman di situ, sambil mengambil beberapa gambar.

Perjanan kami berakhir dengan kesesakan kota kinabalu ditambah dengan terik panas cuaca. Sampai di tempat dimana gig akan berlangsung saya melihat kelibat beberapa kawan-kawan lain yang juga datang dari keningau sudah sampai dulu di tempat kejadian. menurut jangkaan saya kami-kami yang datang dari keningau mungkin mencecah hampir 30 orang agaknya, ini mungkin kerana hampir 70% band yang perform pada waktu itu adalah dari keningau.

dibawah ini saya senaraikan band yang berform hari tu:
-she ate my blood (band emo dari keningau)
-Crime inc (Thrashcore dari keningau)
-scold (Oldschool dari tuaran kk, cover lagu-lagu straight answer n vitamin x, vokalisnya perempuan)
-hatred creation (band grindcore hensem boy dari keningau tidak ada basis, vokalinya sekalu sakit gigi)
-oliver twist (band ni aku tak tau nak ketegorikan apa, tanya orang, orang bilang oldschool, just keep on rock)
-mati katak (band grindcore selang, sama juga vokalisnya selalu sakit gigi, duo screaming voc, diorang pakai drummer emergency yang di cari di saat-saat akhir)
-makan dalam (grindcore hardcore juga dari keningau, vokalisnya lambat datang, gitarisnya sakit gigi juga)
-uncensored (band oldschool kk, saya suka dengar kalimat-kalimat vokalisnya sebelum menyampaikan lagu)
-Arahkiri (kk thrashcore, tak jadi main ari tu, sebab basisnya tak datang)

Tuesday, July 25, 2006

Kehilangan

Hari ini hujan,hujan pertama sepanjang hampir sudah seminggu saya berada di kampung, saya berdiri di sebuah jendela dan melihat pokok-pokok kecil disirami hujan. Sudah hampir menjadi rutin saya disini sepatutnya waktu begini saya sudah berkemas-kemas untuk keluar ke pekan.

Memang semenjak beberapa kepulangan saya ke kampung saya akan merasa seperti satu kehilangan dalam diri saya. Saya rindu waktu dulu sebelum saya meninggalkan tempat ini, saya tidak kekok hidup disini, saya tidak merasa asing dengan tempat dan orang-orang yang ada disekeliling saya, banyak kawan-kawan. Entah kemana saja mereka semua, kadang-kadang saya tertanya sendiri soalan begitu dan beberapa ketika saya mula menjawabnya sendiri, saya tau benar yang masa sudah pun merubah, usia juga semakin meningkat dan masing-masing sudah punya komitmen tersendiri.

Keadaan sebenarnya mungkin tidak berubah. Saya saja yang merasa terasing sampai jadi bosan begini, dan Ini adalah hakikat yang patut saya tanggung, perubahan ciptaan saya sendiri. Hampir 5 tahun lalu saya meninggalkan tempat ini. Kini saya merasa kehilangan hidup saya disini, saya menjadi orang baru ditempat saya sendiri. Dan rasa cemas begini mungkin akan terus menghantui saya setiap kali saya pulang ke kampung. rasanya.

Mungkin saya masih merasa bernasib baik kerana masih ada kawan-kawan baru saya disini, sekurang-kurangnya ada teman saya untuk berbual-bual, melihat mereka jamming atau melepak di warung tepi padang sampai tengah malam sambil minum teh tarik madras. Rasa hormat tidak terhingga saya juga pada beberapa kawan sekelas saya di tingkatan lima dulu, sampai sekarang kita masih saling berhubung.

Playlist: Magrudergrind, Mati Katak (live set), Panorama latest issue, Tumbakeroist (live set)

Saturday, July 01, 2006

Ghairah

Memang semenjak beberapa minggu lalu tabiat manusia di muka bumi ini berubah tiba-tiba. Di Serdang ini tempat saya bermukin suasana malam diisi dengan keghairahan. Nafsu malam penduduk sekitar tiba-tiba meluap-luap, segala tumpuan sekarang tertumpu ke beberapa kawasan di negara Jerman, negara penganjur piala dunia tahun ni. Penduduk disini menaruh harapan pada restoran-restoran Mapley sekitar, Pekerjanya kelihatan sedikit sibuk melayan karenah penonton yang datang bersesak membuat ruang restoran semakin sempit. Skrin besarnya jadi pemikat orang-orang. Dirumah bukan takder astro tapi yang bestnya kalau di kedai sebab suasananya hidup, orang ramai dan kalau gol boleh jerit ramai-ramai.

Padang rumput yang dulunya jadi tempat anjing-anjing bersantai menjalani rutin hidup sebagai anjing kini berubah bila petang menjelang, Keghairahan dilanjutkan lagi disini. Ada beberapa kumpulan orang-orang muda berseluar pendek berkaki ayam ditambah dengan nafsu meluap-luap berlari mengejar bola meluahkan segala yang terpendam malam tadi.

Pagi jadi waktu sial, ghairah golongan pekerja tiba-tiba terbantut sebab semalam chill out sampai pagi. barangkali time begini klinik-klinik jadi sedikit sibuk melayan pesakit-pesakit yang datang minta mc sebab terlajak tidur, entah berapa banyak juga kerja-kerja yang tidak dapat diisiapkan sebab orang yang bertanggungjawab tidak datang ke tempat kerja sebab mc atau ponteng kerja dan seterusnya membuat produktiviti syarikat merundum. Memang inilah risiko yang patut ditanggung terutamanya kita yang berada di asia tenggra yang berbeza waktu dengan Jerman.

Sempat juga hati saya memikirkan nasib beberapa pasukan bolasepak asia di kejohanan piala dunia tahun ini, selalu jadi pasukan belasahan. "Ada baiknya dibuat bergilir saja negara asia ni, tak payah buat saringan" kata kawan saya... biar semua dapat merasa dibelasah bergilir-gilir.

Playlist::- Dudman, Karbala bukan fatamorgana, Stacey kent, Madaleine Peyroux.

Thursday, June 08, 2006

Kek dan kesedaran akan hari tua

Semalam dalam saya keterseorangan menunggu waktu yang sesuai untuk terlena sempat saya membaca sedikit isi buku pemberian Nobeat yang digantikan dengan kaset band marjinal tempoh hari sambil-sambil menunggu kalau-kalau ada kawan-kawan yang mengucapkan selamat hari jadi pada saya, bukan apa,ini disebabkan pengalaman tahun lalu, ada kawan-kawan yang ingat tarikh hari lahir saya dan mereka mengirim sms selamat hari lahir buat saya, seingat saya itulah pengalaman pertama saya menerima ucapan selamat hari jadi dari kawan-kawan, bukan juga saya mengharap tapi kalau ada harus saya reply smsnya sekurang-kurangnya berterima kasih atas ucapan itu sebagai tanda penghargaan saya kepada mereka sebagaimana mereka menghargai saya.

Penantian saya sudah sampai ke pukul satu pagi lebih waktu itu, tidak ada sms apatah lagi surat layang, dan waktu tidur sudahpun melambai-lambai sebagai tanda yang ruang bilik saya harus segera digelapkan dan mata saya harus dilelapkan, nanti terlajak pulak besok nak pegi kerja.

Pagi ini saya bangun dengan penuh pertanyaan, kecelaruan dan kemalasan, Tapi dengan sedikit harapan saya akhirnya sedia untuk melangkah lagi pergi ke tempat kerja. Di office hampir pukul satu tengahari saya diraikan dengan sebuah kek yang saya kurang pasti apa rasanya, tapi krimnya berwarna putih, ada kepingan-kepingan cokelat ditepinya, lilinya saya tiup sejurus lagu berakhir. Kecelaruan pagi tadi datang lagi tapi kali ini bercampur dengan kebingungan, rasa haru dan saya pasti ada lagi perasaan lain yang tidak sempat saya layan waktu itu sebab waktu agak terhad haha. Tidak pernah dalam sejarah hidup saya di raikan begini, sejurus saya sedar seperti sediakala, saya berterima kasih pada kawan-kawan saya. Saya amat hargai semua ini.

Wednesday, April 05, 2006

Jatuh

Semalam. Pagi yang indah pada mulanya tapi sedikit bosan. Tapi sudah menjadi rutin tidak selalunya yang indah itu akan kekal indah.

Pagi itu saya hanya mampu merelakan baju putih yang didepanya tertulis tulisan "GET IN THE PIT MOTHERFUKKER" dengan sebuah gambar kartun berwajahkan Keanu reeves dicemari dengan sisa makanan yang datang dari saluran pembuangan sisa makanan yang pecah di apartment tempat saya tinggal. Entah macamna saya boleh tidak terperasan ada becak yang ada didepan laluan saya itu. Saya tergelincir lalu terduduk seterusnya terlentang ditengah kebusukan sisa makanan yang bercampur denganya bermacam-macam lagi benda yang datangnya dari sederet rumah-rumah yang ada di apartment itu, baunya busuk bukan kepalang. Aku tertanya-tanya apakah auntie cleaner yang berada paling dekat dengan aku sewaktu kejadian itu mempunyai masalah dengan pendengaranya, sehinggakan aku yang tengah dalam keadaan sedih ini tidak dilihatnya atau di saja nak ambik port, biarlah.

Aku bergegas bangun berlari naik keatas rumah, syukur tiada orang tengok sepanjang jalan tu. Aku sempat mengadu kepada Yus yang masih belum berangkat ke opis. aku buka pakaian dan campakkan ke bilik air. Aku tak terus mandi malah aku sempat duduk termenung mengenangkan kisah aku tadi, Semangat aku yang tidak seberapa menyala untuk pergi ke tempat kerja akhirnya berakhir dengan tragedi tergolek di becak berlumutlagi busuk busuk. aku mc hari tu.

Lalu apa istimewanya jatuh saya ini? biasa saja, Jatuh saya ini tidak akan masuk buku sejarah pun suatu hari nanti sebab ceritanya tidak sepopular atau sepenting kejatuhan empayar Melaka dulu, atau kejatuhan empayar-empayar kerajaan islam dulu, atau yang paling baru.. kejatuhan kerajaan Saddam hussein di Iraq yang sekaligus membuat mungkin bertan tan air mata berjatuhan akibat kesengsaraan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat negara itu. Ntah berapa banyak lagi cerita jatuh dan jatuh yang tidak dapat saya ceritakan disini.

Semua carita-cerita (ke)jatuh(an) itu saya simpulkan secara cincai selalunya mungkin akibat kelalaian, lalai dengan kuasa, lalai dengan harta, dengan nikmat dunia. sama seperti saya yang lalai sebab tidak melihat jalan jalan dengan betul tak sabar nak cepat sebab nak kejar jam punch card. Abis kalau jatuh cinta camna lak?

Wednesday, October 05, 2005

Hujan dan Demam

Sehingga saat ini badanku masih terasa lemah akibat dari pengambilan ubat batuk dan pil selsema berkaler pink semalam. Malam semalam saya susah hendak tidur kerana batuk-batuk yang tak henti-henti, kesian Azam yang tidur sebelah dengan saya malam tu.

Hari ini aku bangun dengan keadaan lemah, pancaran matahari pagi yang keluar dari celah-celah tingkap pagi tadi semacam menyapaku memberitaku tentang tiadanya pilihan untuk aku, Matahari memberitahuku tentang hari ini adalah hari yang indah, matahari memujukku, memberikan semangat, dan mungkin dengan semangat itu aku masih berada di opis ini lagi barangkali. Aku sempat singgah di restoran mapley bersarapankan sekeping roti canai, rasanya liat dan tawar tak sedap langsung tapi rasa lapar sebab semalam tak makan membuatkan roti itu lenyap juga dari pandangan aku dan orang-orang yang ada di situ.

Waktu ini aku masih merasa lemah, tidak bermaya, walaupun demam yang aku rasa hari ini lebih baik dari semalam. Aku banyak diam dari bercakap, aku tidak punya alasan untuk senyum dan mungkin ada orang-orang yang berkata dalam hatinya kenapa akhdan kurang bercakap hari ini. Pandanganku sedikit kelam dan suram, Tapi aku merasa sedikit rilek dan tenang dengan keadaan begini. Kini, yang tinggal hanyalah keheningan.

Mungkin aku perlu memujuk hatiku sendiri. Yang aku ini tidak lama lagi aku akan sembuh. Memang sekarang ni cuaca tidak menentu, hujan selalu turun. Dan hujan adalah petunjuk, mungkin juga sebuah makna atau rahsia kepada setiap yang hidup.

Ini adalah apa yang dapat aku huraikan dari hujan, hujan memberiku demam dan selsema seterusnya batuk-batuk dan beberapa gejala lagi dan melalui sakit ini aku diingatkan akan makna sebuah kesihatan, tentang bagaimana saya menghargai kesihatan. Sakit ini memberi paparan kepada aku tentang benda-benda yang berkait di persekitaran saya, tentang kes-kes denggi yang menjadi kebimbangan dan bualan disana sini, atau mungkin juga kes-kes demam selsema burung yang sudahpun meragut beberapa korban nyawa di indonesia. Mungkin juga tentang kenaikan harga rokok yang baru diumumkan beberapa hari lalu, sama dengan meningkatnya kematian akibat kenser yang diakibatkan oleh asap rokok.

Friday, August 05, 2005

Kisah sedih di hari minggu

Sudah hampir dua minggu aku memakai spek baru yang aku buat secara tergesa-gesa di sebuah pusat membeli belah yang mengalir di tengah-tengahnya sungai sambil sekali sekala dapat dilihat orang yang berwajah muram menaiki bot yang dihiasi di sekelilingnya bunga plastik menyusur perlahan merentasi sungai itu. Mujur saja ada potongan harga waktu itu, tapi kalau takder potongan pun aku kena buat juga. Spekku yg lama hancur di pijak manusia-manusia riang gembira di gig domestik doktrin dua minggu yang lalu. Kini aku hanya mampu melihat tangkai spekku yang tidak ada bezaanya dengan besi buruk yang tidak punya nilai. Kelekaan berborak dengan anak-anak domestik doktrin membuat aku lupa pada spek aku waktu itu, anak-anak domestik doktrin memang cool, saya sangat gembira dapat bertemu dengan meraka tapi kegembiraan tidak lama kerana mereka harus pulang ke bandung, indonesia, semoga kita dapat bertemu lagi.

Dua hari tanpa spek ialah hari yang paling tidak selesa bagi saya, semuanya serba tak kena, mataku semacam bermusuh dengan apa yang dilihatnya. ia semacam sudah bercerai talak satu dengan kejauhan, dalam hatiku selalu terkenang saat bila mataku akan kembali bertautan dengan kejauhan sekaligus membuang segala kekaburan lalu kecerahan kembali berkuasa. Bayangkan sajalah keayuan seorang wanita cantik lagi comel tidak lagi menjadi sebuah panorama indah waktu itu . Kini aku kembali merindu pada masa laluku, waktu aku belum pakai spek dulu, waktu itu aku tidak perlu tercari cari spek sewaktu nak keluar rumah, aku juga tidak perlu tercari-cari orang yang boleh menjaga spekku kalau aku mau ber slam and mosh atau kalau aku nak perform bersama SAM atau JAHAT, Aku sudah terlupa tentang nikmat-nikmat masa itu rupanya. Seketika tak berspek itu juga membawa aku teringat kepada sebuah filem lakonan P.ramlee tajuknya “Ibu Mertuaku”, aku jadi sedikit tak puas hati dengan keputusan yang diambil oleh karekter yang dipegang oleh P.ramlee dalam filem tu, aku teringat tentang ramainya lah lagi manusia yang ingin menikmati keindahan alam, melihat kehijauan pokok-pokok dan ke”cute”an awek-awek yang lalu didepan mereka, tapi dalam filem tu, senang-senang jer dia cucuk mata dia dengan garpu, ini sebuah filem yang bagus aku rasa.

Dua hari yang kelam itu kini berakhirr dengan sebuah spek baru, kini aku dapat kembali hari-hari ceriaku, awek-awek yang hakikatnya jelita kini kembali kepada hakikatnya, tidak ada lagi ketakutan pada kejauhan yang selanjutnya boleh membuat kepala ku pening.


Playlist: Seein red- Discography(93-95), Arkangel-I hope you die by overdose, The Killer- Hot fuss, Muse- lagu Hysteria, Agnes monica.

Thursday, May 26, 2005

Modenisasi dan romantika memberus kain

Matahari baru memulakan langkahnya ke pendakian tertinggi, ibu ayam dan anak-anaknya dari tadi meninggalkan rebannya, burung-burung pula sudah mula membuat suasana pagi kelihatan pagi lah sesangat. Ada bualan-bualan macam kat kedai kopi lak, isi ceritanya mungkin saja pasal anaknya yang tak boleh tidur semalam sebab sakit perut, atau anaknya yang malas pegi sekolah hari ini, kadang-kadang topiknya boleh berubah-ubah mengikut mood atau suasana, mereka adalah makcik-makcik yang sedang duduk mencangkung hanya berkemban berdepan dengan kain-kain dan buih-buih sabun cap trojan, masing-maisng sedang giat memberus kain di tepi sebuah perigi yang sudah disimen disekelilingnya.
Pemandangan macam ni aku pernah tengok kat kampung time aku kecik-kecik dulu. Tapi ini cara lama, pemandangan macam ni pun sudah jarang dilihat. Sekarang makcik-makcik cuma perlu sumbatkan kain dalam mesin basuh dan tinggalkan, semuanya akan jadi mudah dan cepat. Untuk lagi mudah, sekarang ni sudah ada kedai-kedai yang menyediakan khidmat mencuci kain atau lebih mesra dipanggil dengan kedai dobi.
Cara ni selalu dipraktikkan oleh golongan-golongan bujang. Sambil-sambil nak pegi kerja singgah sebentar di kedai dobi menghantar kain, bila time balik kerja, singgah lagi, bayar dan bawa pakaian yang sudah siap dicuci, siap dah lipat lagi. pokoknya memang menyenangkan hati lah. Dan perkara ini juga berlaku dikalangan beberapa pemuda-pemuda bujang dirumah saya termasuk lah saya sendiri, Seawal pukul 8.30 saya akan menghantar pakaian kotor saya ke dobi, kini saya tidak lagi perlu membanting tulang untuk membasuh baju-baju saya. Perkara ini juga menjadikan rutin harian saya berubah, kini waktu yang sepatutnya dipakai mencuci kain digantikan dengan aktiviti lain seperti tidur dan beberapa aktiviti lain. Tapi perkara yang saya kira akan menyenangkan saya ini tidak lah lama, setelah beberapa kali berbuat demikian saya mula merasakan sesuatu, Saya tidak tahan dengan bau wangi pelembut kain yang digunakan oleh kedai dobi tersebut, baunya melekat pada pakaian, kadang-kadang sampai ke satu tahap saya akan merasa pening dengan bau itu dan mula terasa macam nak muntah. Saya berhenti menghantar pakaian kotor saya ke dobi dan kembali ke cara lama.
Tapi sejak beberapa waktu yang lalu saya kembali terfikir-fikir yang kemodenan hidup masakini hanya melahirkan masyarakat yang malas, sekaligus secara perlahan akan membunuh saat-saat romantik mencuci kain, saya mula tertanya-tanya, apa mungkin suatu hari nanti mencuci kain pakai tangan akan pupus dari ingatan manusia, sampai tidak ada seorang pun yang tau mencuci kain pakai berus kain, atau apa mungkin suatu hari nanti kilang-kilang yang membuat berus kain akan jatuh bangkrup lalu pupus juga. sekarang mesin basuh sudah mengambil alih kerja-kerja yang dibuat oleh berus kain.
Saya sendiri sebenarnya punya masa yang cukup untuk cuci kain dirumah, dengan berbekalkan sedikit tenaga, sabun daia dan berus kain. Tapi disebabkan saya mula malas dan tenggelam dengan kemodenan, saya akhirnya mula menghantar juga pakaian kotor saya ke dobi, saya tidak lagi melakukan perkara yang saya sendiri mengakuinya sebagai perkara yang mudah dan boleh saya lakukan sendiri. Dan yang malangnya, sebab saya berhenti menghantar pakaian kotor saya ke dobi ialah kerana saya elergik dengan wangian yang melekat pada pakaian tersebut bukan sebab mau mengekalkan romantika memberus kain.

Wednesday, May 11, 2005

Jerawat dan Saya

Sudah beberapa hari ni aku jadi perhatian, bukan sebab aku baru potong rambut atau sebab aku kelihatan macam orang yang sedang kelaparan, tapi pasal beberapa ketul jerawat yang tumbuh diatas dahi aku ni. Aku rasa, muka aku tidak ubah macam blogger dan jerawat-jerawat ni pula adalah tulisan-tulisan yang baru diupdate, dan orang-orang yang menegur itu pula macam suara-suara yang tershout di shout box...he..he, dan pasti pula suara-suara yang menegur itu berbeza-beza bunyinya.

Ada kedengaran bunyi-bunyi yang berkata "weii kat dahi ko tu ada jerawat, mungkin ko kena pakai pencuci muka yang lebih bagus, ko nak ker, nanti besok aku bawakan, murah jer" ada juga suara-suara yang kedengaran biasa-biasa jer, contohnya "wei ada jerawat kt dahi ko, apasal tuu?" bunyinya macam meminta jawapan, tapi aku pun tidak pasti kenapa, Dua hari lalu aku lepak dengan lin dan tika disebuah kedai makan, tik cakap maybe jerawat tu sebab hormon tak betul, aku tanya apa yang mempengaruhi hormon, dia cakaplah aktiviti, emosi dan pemakanan. Dulu time aku masih dialam persekolahan seorang pakcik pernah berkata kat aku, dia cakap jerawat kalau tumbuh kat hidung, itu tandanya tengh jatuh cinta atau tengah dilamun cinta, aku teringat pada tulisan mat jan dalam blognya yang menulis tentang jerawtnya yang tumbuh kat hidung time tu yang membuatkan dia kelihatan lebih mancung dari biasa, dia cuma cakap begitu, dan kalau teori pakcik tu benar apakah mungkin ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh mat jan time tu hehehe. Tapi aku rasa pakcik tu saja nak mengusik aku.

Tapi ni kira ok lagi lah, jerawat ni kat dahi jer siiznya pun tidak lah terlalu besar dan mungkin tidak lah terlalu mengambil masa untuk sembuh, kalau kena jerawat batu macamna, aku masih ingat dulu aku pernah kena jerawat batu atas kepala, boleh tahan juga lah sakitnya, pastikan anda berhati-hati kalau menyikat rambut ok nanti kena kat jerawat tu. Yang lebih dasyat kalau jerawat batu tumbuh di dalam lubang hidung..haha.

Tuesday, March 29, 2005

Hari ahad dan Awek-awek Cute

Seawal pagi, belum pukul sepuluh lagi, saya sudah berdiri di bumi kl, bandar yang penuh kekeliruan. Bas tu turun betul-betul di depan Pasar Seni. Malam tu aku berada di shah alam sebab jamm gan band thrashcore kononya di sana, namanya "JAHAT". aku balik awal pagi sebab kena masuk kerja, walaupun hari ahad adalah hari cuti di tempat aku kerja, tapi sebab kerja yang berlambak di atas meja, terpaksalah.

Turun dari bas aku berjalan sedikit perlahan menuju ke lokasi stesen bas ke serdang, singgah sebentar ke kedai yang banyak menjual vcd, Banyak vcd filem Taiwan dan Hong Kong. Mata aku tertumpu pada satu set vcd, tajuknya "SEPET", filem ni jadi perbualan hangat di kalangan kawan serumah aku apa lagi selepas diorang pegi tengok filem ni kat pawagam hari tu, diorang kata filem ni bagus, lain sikit walaupun filem ni tak lari dari cerita cinta muda-mudinya, ntah lah aku pun belum tengok lagi. Ada juga rasa macam nak beli, tapi nantilah lepas gaji, duit yang aku ada skang ni nak pakai buat menampung perbelanjaan pegi jb minggu depan, "JAHAT" perform time tu.

Aku keluar dari kedai tu, aku ingat nak round lagi tapi kedai seterusnya tak bukak lagi, baru aku sedar jam baru pukul sepuluh pagi, macam tak pecaya pulak aku berada di kl pukul sepuluh pagi, awal tuhh, selalunya kalau cuti macam ni aku masih berada di tempat tidur. aku terus berjalan sampai ke stesen bas ke serdang, bas belum sampai lagi, aku berdiri kebelakang sedikit dari orang-orang yang duduk di tempat tu, sambil tu aku memerhatikan beberapa orang di situ, aku bajet ni mesti student-student dari upm, agaknya diorang pun tengah tunggu bas nak balik sana.
Mata aku terpandang beberapa orang perempuan yang aku kira dalam linkungann awal 20an camtu lah kira-kiranya, ada seorang di depan sebelah kiri aku, pakai tudung coklat, berseluar panjang dan menyandang sebuah beg yang isinya masih jadi misteri sampai sekarang, secara spontan aku pandang, tak elok pandang lama-lama nanti orang akan rasa terganggu. kulitnya standard orang melayu tidak hitam tidak juga putih, tapi mukanya sedikit resah, keresahanya bertambah tertonjol sebab dia berdiri, tapi kenapa, aku saja bertanya pada diri aku sekurang-kurangnya dapat abiskan masa yang terluang ini sambil tunggu bas. Barangkali saja dia resah sebab bas tidak kunjung tiba atau mungkin juga orang yang ditunggu tak datang-datang, janji pukul sepuluh tapi dah sepuluh setengah tak sampai-sampai juga, aku buat teori sepontan. Penyebok tul aku ni, mengingatkan itu, sangkaan aku berubah, ada betulnya kalau diorang tunggu kawan diorang, memang sedikit logik sebab takkan nak balik asrama pagi-pagi buta, hari ahad lak tu, hari paling bermakna untuk orang muda, Keluar asrama awal pagi ahad n pergi chill out memang logik jugak. mata aku macam dah bosan memerhatikan perempuan yang ada di depan aku, aku ke depan sikit...aku terperasan ada sorang lagi dak pompuan yang duduk disebelah awek tadi, yang satu ini sedikit lebih cerah dari yang tadi, jerawatnya jelas kelihatan sebab mukanya putih, mesti dia pakai pencuci muka jenama fair and lovely pasal tu muka dia putih, tapi jerawatnya pula bagaimana?..mungkin dia tak ngam gan pencuci muka tu dia kena carik yang lain agaknya. bertudung kemas tapi tidak bawa beg, sudah ...jangan pandang lagi, sebenarnya aku pandang secara spontan jer, aku tak nak orang rasa terganggu, aku nak kalau orang yang ada disekeliling aku selalu rasa selamat, merasa selalu selamat itu hak setiap orang yang hidup.

Di atas bas aku berfikir sendiri, aku cuba buat perbandingan. Aku kembali memikirkan wanita-wanita yang hidup di zaman dulu,zaman nenek-nenek aku dulu,zaman sebelum wujudnya brand macam Fair and Lovely, Nivea, Cleo dan macam-macam lagilah jenama kecantikan lainnya. Aku hampir percaya kalau wanita zaman sekarang ni jauh lebih menarik dari wanita zaman dulu, aku hampir yakin sebab teknologi sekarang ni memang terbukti dan mampu ubah segalanya, semuanya boleh jadi asalkan ada duit. Beberapa bulan yang lalu seorang wanita yang berambut perang dan digerintingkan sebahagiannya datang melawat kawannya yang juga adalah kawan seopis saya, mereka bercerita sesuatu, saya rasa mereka memperkatakan tentang rambut. Selepas wanita itu beredar kawan saya itu berkata pada saya yang kawanya tadi baru saja lepas membuat pakej rawatan rambut yang berharga rm500, wahh saya sedikit heran, duit sebanyak itu aku boleh buat touring pergi indonesia. Itu baru rambut belum masuk yang lain-lain lagi. Saya juga pernah terbaca tentang pengalaman seorang wartawan yang berkunjung ke jepun, dia tertarik dengan wanita remaja disana yang ayu-ayu dan berhidung mancung. Seseorang memberitahunya yang semua mudah saja sebab disana banyak klinik-klinik swasta yang boleh buat buat hidung orang asia jadi tinggi asalkan ada wang.

Ini mungkin pasal teknologi, saya tidak pula berkata kalau zaman dulu wanita tidak pandai bersolek atau menjaga kecantikan, tapi mungkin tahap kepuasannya tidak sama dengan zaman sekarang. bayangkan saja kalau seorang wanita yang wajahnya penuh parut jerawat, hitam dan macam2 lagi masalah yang ada pada wajahnya, Boleh jadi cute, putih bersinar-sinar dan macam-macam lagi lah jenis pujian yang orang akan cakap contohnya, wahhh canteknya ko, wahh ko dah cute lah skang. Semua tu akan terjadi selepas menjalani rawatan berteknologi tinggi macam rawatan lazer contohnya. Dan kalau saja perempuan itu berada di zaman dulu pasti mukanya tidak akan dapat pujian-pujian yang aku cakap tadi. Tapi aku rasa semua itu ada hikmahnya, aku tidak rasa kalau perempuan-perempuan yang hidup dizaman dulu akan rasa rugi, menyesal atau bengang sebab tidak dapat hidup di zaman ini dengan segala macam kemudahan rawatan kecantikan. Aku rasa ini macam satu ke"terjebak"kan, wanita yang hidup dizaman dulu tidak akan rasa rugi sebab diorang tidak terjebak atau tau akan wujud suatu hari nanti bermacam-macam teknologi yang boleh buat perempuan macam diorang tu jadi kelihatan menawan, diorang akan rasa cukup dengan menempel bedak sejuk buatan sendiri kemuka diorang atau minum jamu. Sedangkan wanita zaman sekarang inilah yang terpaksa menanggung bebanan pembangunan teknologi kecantikan. Mereka terpaksa keluar wang untuk beli pencuci muka, beli pelembap bibir, pelembap muka dan macam-macam lagi macam kawan-kawan pompuan aku, dan wang lah yang menjadi beban dan penyakit manusia zaman ini sebenarnya. ehhh...dah dekat nak sampai, aku kena tekan loceng nak turun bas ni... bye.