Sehingga saat ini badanku masih terasa lemah akibat dari pengambilan ubat batuk dan pil selsema berkaler pink semalam. Malam semalam saya susah hendak tidur kerana batuk-batuk yang tak henti-henti, kesian Azam yang tidur sebelah dengan saya malam tu.
Hari ini aku bangun dengan keadaan lemah, pancaran matahari pagi yang keluar dari celah-celah tingkap pagi tadi semacam menyapaku memberitaku tentang tiadanya pilihan untuk aku, Matahari memberitahuku tentang hari ini adalah hari yang indah, matahari memujukku, memberikan semangat, dan mungkin dengan semangat itu aku masih berada di opis ini lagi barangkali. Aku sempat singgah di restoran mapley bersarapankan sekeping roti canai, rasanya liat dan tawar tak sedap langsung tapi rasa lapar sebab semalam tak makan membuatkan roti itu lenyap juga dari pandangan aku dan orang-orang yang ada di situ.
Waktu ini aku masih merasa lemah, tidak bermaya, walaupun demam yang aku rasa hari ini lebih baik dari semalam. Aku banyak diam dari bercakap, aku tidak punya alasan untuk senyum dan mungkin ada orang-orang yang berkata dalam hatinya kenapa akhdan kurang bercakap hari ini. Pandanganku sedikit kelam dan suram, Tapi aku merasa sedikit rilek dan tenang dengan keadaan begini. Kini, yang tinggal hanyalah keheningan.
Mungkin aku perlu memujuk hatiku sendiri. Yang aku ini tidak lama lagi aku akan sembuh. Memang sekarang ni cuaca tidak menentu, hujan selalu turun. Dan hujan adalah petunjuk, mungkin juga sebuah makna atau rahsia kepada setiap yang hidup.
Ini adalah apa yang dapat aku huraikan dari hujan, hujan memberiku demam dan selsema seterusnya batuk-batuk dan beberapa gejala lagi dan melalui sakit ini aku diingatkan akan makna sebuah kesihatan, tentang bagaimana saya menghargai kesihatan. Sakit ini memberi paparan kepada aku tentang benda-benda yang berkait di persekitaran saya, tentang kes-kes denggi yang menjadi kebimbangan dan bualan disana sini, atau mungkin juga kes-kes demam selsema burung yang sudahpun meragut beberapa korban nyawa di indonesia. Mungkin juga tentang kenaikan harga rokok yang baru diumumkan beberapa hari lalu, sama dengan meningkatnya kematian akibat kenser yang diakibatkan oleh asap rokok.
Wednesday, October 05, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
hai sahabat. aku mula berfantasi untuk menghasilkan sebuah buku/zine yang mengumpulkan tulisan weblog anak-anak punk/hc.dan untuk merealisasikan fantasi aku ini, aku perlukan kerjasama dari kamu. disini, aku ingin meminta sekurang2nya 5 artikel terbaik yang kamu hasilkan di blog kamu ini. dan jumlah maksimum artikel yang kamu boleh sertakan adalah 10.idea awal aku, ingin menamakan buku/zine ini sebagai: ANEKA RASA "koleksi tulisan weblog anak-anak punk/hc". tapi ini semua masih perlu diperbincangkan. apa pun, terima kasih diatas kerja sama anda. sila sebarkan perkara ini yah. sebarang masalah, sila hubungi aku disini: www.bilik.blogspot.com ;)
halim mana?
Enjoyed a lot! Acura center console in crx Executive salary toy industry tourism cadillac 80 tee shirts Real estate klamath falls oregon kia sorento windows http://www.visualization-penis-enlargement.info 1973 cadillac brougham cadillac ocala Valve chatter 2002 isuzu trooper Cheap barcode reader New york transportation insurance Computer chair mat french nude shaved teens Blue and white patterned area rugs voip chat rooms Differential lamborghini Photos series b4000 pictures on mazda 4x4 trucks
Post a Comment