Jam di laptop menunjukkan jam 12.02 minit tengah malam. Sewaktu catatan ini dikarang, diluar sana kedengaran dentuman sambung menyambung bunga api di langit. Orang-orang diluar sana mungkin mau menyatakan rasa gembiranya menyambut tahun baru, mengharapkan tahun baru ini situasi dan keadaan akan lebih menjanjikan sesuatu yang indah lalu bunga api diluncurkan sebagai tandanya. Saya ambil keputusan untuk mencatatkan sedikit kenangan disini.
Bunyi ini mengingatkan saya dizaman kanak-kanak saya dulu. Sehari sebelum malam tahun baru bapa saya pernah menceritakan tentang dimalam tahun baru suasana malam akan berbeza dengan malam-malam selalunya. Dimalam tahun baru ramai orang-orang akan membakar bunga api sehingga menjadikan langit yang gelap menjadi terang berwarna warni disinari cahaya yang dihasilakan oleh bunga api tersebut. Cerita bapa saya sangat membuatkan saya tertanya tanya. Apa sebenarnya yang bapa saya ceritakan ni.
Malam ini saya diberi kesempatan untuk mendengarkan dentuman bunga api sempena tahun baru 2022. Saya sudah sangat faham tentang apa yang bapa saya ceritakan tentang bunyi dentuman bunga api di malam tahun baru. Bunyi ini bukan saja mengingatkan saya tentang cerita dulu, tapi juga mengingatkan saya tenatng bapa yang sudah pergi. Semoga bapa tenang dan aman di alam sana. Kami selalu merindui bapa.
No comments:
Post a Comment