Hari ini hujan turun lebih awal, sekaligus membuat semua rancangan saya tergendala. Saya reda dengan semua ini, sememangnya tak semua yang kita rancangan akan termakbul. Namun begitu hujan yang turun tak henti-henti kadang-kadang merimaskan juga. Perut perlu diisi dan tekak harus dibasahkan. Untuk semua itu saya tak sanggup mengharungi hujan lebat petang itu.
Sejak kecil lagi saya sudah mendengar orang-orang yang lebih tua dari saya berkata "Hujan itu Rahmat". Dan mungkin masa sudah berlalu dan kata-kata itu sudah tidak selamanya betul. Orang bujang contohnya. Seperti saya, bila lapar akan mencari kedai terdekat untuk menyempurnakan hajat, ini cara orang bujang yang hidup di bandar, seperti petang ini, lapar menjadi teman rapat saya sementara menanti hujan reda. Hujan yang berpanjangan juga merisaukan orang-orang tertentu, bayangkan saja longkang-longkang yang tersumbat dengan banyaknya sampah sekarang ini, semua itu tidak perlu masa lama untuk menenggelamkan bandar KL. Silap hari bulan ada diantara kita yang terpaksa naik bas pergi kerja kerana keretanya ditenggelami air. semuanya mungkin.
Band dan penyanyi solo yang menjadi pilihan waktu ini:
- My Teenage Stride, Assuck, Fistfuck, Destruction, The Charade, Stacey Kent, Billie Holiday, Camera Obscura, California Snow Story, The Boyfriend, Strange Idol.
Monday, July 23, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
apasal bila hujan je baru ko menulis blog?
:)
ok apa...
http://kancilman.livejournal.com
Cuba anda dengar lagu band Hujan. Mesti anda akan suka "hujan" yang ini...hehehe
tongah,
Aku kesian tgk amoi cantek kena hujan time balik dari kerja di kuala lumpurrrr..kuala lumpurrr. hehe
tgk amoi cantek kena hujan?
bagus punyer alasan...
huhuhu...
oit.very2 long time no see maa..puasa buka ramai2 kot =D
Salam ziarah
Ujan ooo kan hari2 ming wakakakaka...
"Hujan itu Rahmat" sebaris ayat yang juga pernahku dengar. Dimana hujan memberi sumber air kepada seluruh warna warni mahluk dunia namun hujan pada zaman kini amat berbeza tetapi bagiku ia juga satu rahmat tapi mungkin rahmat yang berunsur hikmah, memberi petunjuk kepada umat manusia agar bersedia dengan malapetaka dan menyedari kesilapaan kita sebagai manusia terhadap bumi tercinta yang manusia sendiri kotori.
3.33Am
Post a Comment