Thursday, February 26, 2009

Menunggu abang posmen tiba!

Tadi di kedai buku di tengah bandaraya Kota Kinabalu saya membelek belek sebuah buku comel berwarna hitam dihiasi dengan corak hati berwarna warni membuatkan setiap orang yang memandangnya pasti terasa ingin meyentuhnya. Tajuknya "Love Letters of Great Man". Pada muka pertamanya tertulis kata penghantar tentang surat-surat cinta yang sudah tidak laku lagi dizaman ini. Begitu lebih kurang. Oleh kerana kawan saya yang sudah ingin beredar dari kedai tersebut maka bacaan saya waktu itu habis disitu saja.

luahan cinta tidak memerlukan si teruna menghabiskan dakwat penya untuk mengukir ayat-ayat power berbunga bunga hanya untuk meluahkan rasa cintanya, itu zaman nenek-nenek kita boleh la. Si pencinta wanita zaman ini cuma perlu menaip pesanan ringkas untuk temu janji.

Saya jadi teringat pada surat yang saya tulis dua minggu lalu tapi belum-belum juga dipos, surat itu sebenarnya untuk seorang kawan yang saya tidak kenali di seberang lautan sana, alamatnya saya temui di sebuah zine. Dalam zine itu ada emelnya tapi sebab ingin merasa pengalaman menulis surat maka saya tulis juga, semoga saya diberikan semangat dan tidak dibelenggu rasa lupa lagi esok hari agar dapat saya pos surat saya ini.

Saya juga teringat pada cerita adik saya, dia pernah dibawa ke sebuah restoran oleh seorang kawanya yang tiba-tiba baik hati untuk membelanjanya makan dan minum waktu itu, dengan rasa sedikit tergamam dia hanya menurut, selesai ritual makan dan minum dia disuruh menulis sepucuk surat kepada kekasih si pembelanja makan dengan alasan tulisanya adik saya lebih baik dan dia boleh membina ayat-ayat yang lebih bagus. Ketawa saya mendengarkanya.

Dalam filem "Äideistä parhain" (Mother of Mine) cerita yang mengisahkan seorang kanak-kanak yang dipisahkan daripada ibunya oleh kerajaan Poland untuk dihantar ke Sweden dan tinggal bersama keluarga angkat disana, Sebuah program kerajaan untuk menyelamatkan kanak-kanak daripada menjadi mangsa perang. Hanya surat yang dibawa oleh Posmen menjadi perantara kanak-kanak tersebut dan ibunya, Setiap hari dia akan duduk di pagar rumah menanti sang posmen datang membawa kata-kata rindu ibunya.

Seorang penulis di sebuah majalah dulu menyatakan tentang matinya keromantikan mengirim surat, sang kekasih sudah tidak lagi resah dan berdebar debar menunggu abang posmen datang membawa kabar dari kekasihnya. Kini abang posmen hanya berfungsi sebagai pembawa bil-bil astro atau surat tuntutan hutang dari PTPTN.

12 comments:

Anonymous said...

zaman sudah berubah...

Paan Ovrtd said...

"Äideistä parhain" (Mother of Mine) - Ada torrent tak? Nak download.

Anonymous said...

aku sukaaaaaaaaaaaa tulis/ pos surat. tp slalu lpa mau pos. last2 surat hilang dlm timbunan buku2 skola. huhu.

Ian Ashley said...

Matinya si abang posmen.khidmat pos malaysia paling turuk.

E-oNe said...

teringat aku zaman mula2 masuk "underground" rajin betul aku tulis surat sama "otai" untuk kumpul2 "knowledge" biarpun kadang "otai" ni langsung nda balas pun surat ku haha..waktu itu, kerana perasaan terlalu hormatkan "otai" kan sampai surat pun tulis punya la men cantik,kemas dan dengan ayat yg penuh skema gila babi..kadang minta kwn2 pompuan lagi tlg tuliskan..
tapi sekali diorg balas adei punya men gore..aku tulis surat lebih satu muka surat kertas exam tu diorg balas dlm beberapa ayat jak..pernah aku dapat dlm surat tu cuma tertulis : "stay true..hail satan arrrggghhhh"
haha..tp masa tu aku tetap rasa puas sebab surat ku dibalas..mana lagi otai ba tu yg balas wkakaka...


p/s:

1) paling kin panas dulu2 c BiLLy la..org punya surat pun dia mau tapau ba..

2) sebut pasal "otai" ni..tiba2 pula aku rasa cam mau tulis surat sama c salimin mati katak ahaha

Mijul Mojas said...
This comment has been removed by the author.
Mijul Mojas said...

saya pernah dulu cuba untuk menulis surat kpada seseorang yg alamatnya jugak sya dpt dr zine...

saya crita2 c kit and bagi list brng mo order sma dia (distro)
tp smpi sekarang sya tidak pernah hntr surat tue...ntah knapa...

sdh berlalu 4 tau 5 thn dulu...
hilang sdh kali tu surat...

menulis sgt senang...
menghantar yg mnjadi beban...

nnt sya kirim surat sama ko arh ming...
minta alamat ko ahahahah

10:19 AM

yan yan said...

last sa tulis surat utk dipos tyme form2 2pun utk kazen d LD..smrg zaman sda canggih..sms pun blh sda bha wahai en akhdan..

E-oNe said...

perasaan terima sepucuk surat berbanding inbox sms dipenuhi beribu msg nda sama...
paling best bila pg buka peti surat terjumpa surat cinta org yg salah alamat ahaha
tp mungkin dalam masa 6 ke 7 bulan dari skrng pasti ada suda tu pengirim setia surat untuk saya..mungkin juga c Boy juga sama kan boy ahaha

Anonymous said...

relink. ;)

Mijul Mojas said...

hahaha....
ya wan.....
sy mo try ne....

fiqah idris said...

btol2.
tambahan:posmen dtg bawak parcel hasil shopping dari internet.