Malam itu saya dan beberapa orang kawan duduk diantara kerusi-kerusi yang disusun mengelilingi meja bulat disebuah ruangan halaman rumah sambil mendengar cerita seorang perempuan manis tentang betapa sukarnya kita berhadapan dengan perubahan. Suasana malam yang sejuk membuat suasana menjadi santai dan selesa sekali. Dia bercerita tentang susah sekali menerima hakikat bila facebook sudah pun menggunakan timeline, "saya sempat terfikir untuk menutup akaun facebook saya waktu tu" si perempuan manis berkata.
Saya jadi teringat pulak dengan sebuah filem Jerman bertajuk "Goodbye Lenin" seorang anak lelaki yang sanggup berbuat apa saja untuk ibunya yang baru sedar dari koma. Ibunya koma sewaktu Jerman timur masih dibawah naungan kuasa sosialis kemudian sedar semula dizaman dimana tembok berlin sudahpun runtuh dan mula menjadi kenangan. Kerana tidak mau ibunya yang masih lagi sakit terkejut dengan perubahan ini dia berusaha membuat dunia ibunya masih seperti dizaman sebelum-sebelumnya.
Saya mau merungkai perubahan dari perspektif yang biasa-biasa saja. Perjalanan kehidupan manusia diolah dengan perubahan yang tidak henti-henti. Lalu kita sedar perubahan itu rupa-rupanya adalah satu yang biasa-biasa saja dan kita tidak perlu takut denganya. takut dengan perubahan bermakna kita takut dengan kehidupan. Saya masih teringat kata-kata perempuan manis itu selepas cerita panjanngnya hampir berakhir, semacam kesimpulan dia berkata "Now Everyone want Change".
Selasa, Mei 15, 2012
Langgan:
Catatan (Atom)
Catatan malam Tahun Baru 2022
Jam di laptop menunjukkan jam 12.02 minit tengah malam. Sewaktu catatan ini dikarang, diluar sana kedengaran dentuman sambung menyambung bun...
-
Saya membaca sebuah entry personal yang kadang-kadang menggelikan hati di blog Pika, ( Pika kawan si yan), akhir dari entry itu menyatakan ...
-
Tadi di kedai buku di tengah bandaraya Kota Kinabalu saya membelek belek sebuah buku comel berwarna hitam dihiasi dengan corak hati berwarna...
-
Hari ini hujan turun lebih awal, sekaligus membuat semua rancangan saya tergendala. Saya reda dengan semua ini, sememangnya tak semua yang k...