Tuesday, May 15, 2012

Perubahan

Malam itu saya dan beberapa orang kawan duduk diantara kerusi-kerusi yang disusun mengelilingi meja bulat disebuah ruangan halaman rumah sambil mendengar cerita seorang perempuan manis tentang betapa sukarnya kita berhadapan dengan perubahan. Suasana malam yang sejuk membuat suasana menjadi santai dan selesa sekali. Dia bercerita tentang susah sekali menerima hakikat bila facebook sudah pun menggunakan timeline, "saya sempat terfikir untuk menutup akaun facebook saya waktu tu" si perempuan manis berkata.

Saya jadi teringat pulak dengan sebuah filem Jerman bertajuk "Goodbye Lenin" seorang anak lelaki yang sanggup berbuat apa saja untuk ibunya yang baru sedar dari koma. Ibunya koma sewaktu Jerman timur masih dibawah naungan kuasa sosialis kemudian sedar semula dizaman dimana tembok berlin sudahpun runtuh dan mula menjadi kenangan. Kerana tidak mau ibunya yang masih lagi sakit terkejut dengan perubahan ini dia berusaha membuat dunia ibunya masih seperti dizaman sebelum-sebelumnya.

Saya mau merungkai perubahan dari perspektif yang biasa-biasa saja. Perjalanan kehidupan manusia diolah dengan perubahan yang tidak henti-henti. Lalu kita sedar perubahan itu rupa-rupanya adalah satu yang biasa-biasa saja dan kita tidak perlu takut denganya. takut dengan perubahan bermakna kita takut dengan kehidupan. Saya masih teringat kata-kata perempuan manis itu selepas cerita panjanngnya hampir berakhir, semacam kesimpulan dia berkata "Now Everyone want Change".

Thursday, December 08, 2011

Senyuman Kuala Lumpur

Semalam. malam terakhir saya berada di tanah semenanjung, di celah-celah kawan-kawan yang berkumpul di sebuah ruangan tamu rumah saya menyanyikan sepotong rangkap lagu berbunyi "Kuala Lumpur senyumanmu". Tanpa disuruh kami mengisi penuh ruang dengan gelak tawa. Terima kasih kawan

Wednesday, May 25, 2011

Pengajar

Saya membelek-belek sebuah fail lama yang sudah sedikit diliputi habuk, didalamnya saya terjumpa sekeping penanda buku kecil berwarna biru, sudah sedikit usang tapi masih kemas.

Penanda buku yang sederhana, Dipermukaanya tertulis kata-kata pembakar semangat. Penanda buku ini pemberian guru kelas saya sewaktu kami berada di akhir-akhir masa persekolahan dulu, seorang guru kelas yang cantik dan sederhana. itu cerita berbelas tahun lalu.

Dulu cikgu ini pernah bercakap tentang kehidupan diluar sana, kata-katanya lebih kurang supaya kita tidak meletakkan masa depan kita sepenuhnya disatu sudut. banyak lagi sudut-sudut lain kehidupan yang perlu ditelusuri.kata-katanya membuat saya sedikit resah waktu tu, tapi sekarang ianya nampak lebih menyakinkan.

Malam dulu saya mengirim sms kepada seorang kawan sebagai ucapan selamat hari guru padanya. tulisanya begini "Guru adalah Orang yang tak hanya mentransfer sebuah pelajaran, tapi juga yang secara perbadi menjadi sahabat dan pembimbing spiritual bagi muridnya". kata-kata yang saya copy dari novel laskar pelangi.

Sunday, August 22, 2010

Berbuka dan bercerita

Petang tadi saya berkesempatan berbuka bersama beberapa orang kawan, selepas membaham seperti biasa akan ada banyak sekali cerita-cerita yang akan dikongsikan bersama rakan semeja ditambah pula hujan masih turun renyai-renyai dan ini menandakan kami harus terus duduk di situ lalu membakar hujung rokok yang sekian kalinya.

Topik filem tidak lepas diperbualkan, dan saya agak tidak terupdate dalam topik ini terutamanya apa filem yg sedang panas di tayangkan di pawagam sekarang ini. Seingat saya filem terakhir yang saya nonton di pawagan ialah Iron Man itu pun sudah masuk minggu terakhir penanyangan.

Tidak tau bagaimana Mazlan boleh terkeluar pula cerita filem Artificial Intelligence (Ai) ..Sebuah filem arahan Steven Speilberg. Kebetulan pula filem ini pernah saya nonton... Bagi saya filem ini cuba mengangkat tema hubungan kasih sayang dan ianya dipersembahkan di dalam filem ini dengan sangat beerti dan baik sekali.. dalam erti kata lain ianya sangat menyentuh la.

Dulu waktu kali terakhir saya menonton filem ini saya bercadang untuk membeli DVDnya untuk di buat koleksi tapi terbengkalai dimakan keterlupaan.

Wednesday, September 09, 2009

Hujung minggu ini saya akan ke Lapangan Terbang untuk menjemput dua orang kawan yang akan pulang Berhari Raya. Mungkin hujung minggu ini adalah minggu permulaan kerumunan warga bandar mula pulang ke kampung. Bermulanya kepulangan orang-orang dari bandar untuk beraya di kampung beerti kita semakin menghampiri hujung bulan ramadan dan kita semakin menghampiri bulan syawal.

Perbualan saya dengan seorang kawan beberapa hari lalu tentang bulan ramadan mengembalikan ingatan saya pada seorang kawan lama, seorang pengembara muda Amerika yang sempat singgah di Malaysia dan tinggal beberapa hari di rumah seorang kawan saya. Saya masih ingat waktu saya berbual-bual denganya sambil mengisap rokok Gudang Garam, dia amat menyukai rokok tersebut kerana menurutnya rokok tersebut manis.

Katanya lagi "Puasa mengajar saya menghargai makanan" itu diucapkanya selepas ikut berpuasa sama, kerana kebetulan waktu itu bulan Ramadan. saya kurang tau berapa hari dia ikut berpuasa. Setau saya dia bukan seorang muslim, cuma mau merasakan bagaimana pengalaman berpuasa barangkali. Saya melihat dia sebagai seorang yang pandai menghargai pengalaman perjalanan hidupnya, mencari rasional dari apa yang diperbuat. Apa yang lebih penting dari mendapat kepuasan atau makna dari apa yang telah kita lakukan.

Setidaknya dia sudah punya alasan kenapa dia berpuasa. Sikap yang perlu dikembangkan tidak sekadar dalam berpuasa tapi pada setiap apa yang kita lakukan.

Saya merenung banyaknya juadah yang terhidang di atas meja dan memikirkan kembali kata-kata pengembara muda itu, "Puasa mengajar saya menghargai makanan".


Band2 yg menguja waktu ini: Cats on Fire - Our Temperance Movement, Cross Examination - Menace II Sobriety, Mighty Lemon Drops- world without end, ROT - a long cold stare, Jedi Mind Tricks - A History Of Violence, Fistfuck-Rock N Roll Nightmare

Thursday, September 03, 2009

Selamat menyambut Merdeka!!



Sekian lamanya baru saya tau yang lagu "Tanggal 31 Ogos" itu bukan dinyanyikan oleh Sudirman Haji Arshad pada asalnya. Beginilah kalau malas mau mengkaji sejarah, semuanya mau disuap. Sudirman hanya mengkover lagu Ahmad CB. Liriknya juga sudah sedikit diubah, yang saya sempat perasan ialah perkataan "Bangsaku Merdeka" pada asalnya telah diubah kepada "Negaraku Merdeka" dalam versi Sudirman yang selalu kita dengar.

Sumber yang saya perolehi dari internet menyatakan nama sebenar Ahmad CB ialah
Ahmad Chass Barra, merupakan penyanyi di era 60/70an, berasal dari Indonesia tapi menjadi pemastautin tetap semenjak 1979 (Penduduk Tetap, pemegang kad pengenalan merah waktu itu kalau tidak silap saya).

Untuk mengetahui beberapa lagi perkara yang mungkin kita tidak tau berkaitan kemerdekaan sila klik disini

Friday, June 26, 2009

Selamat Jalan Michael Jackson'

Pagi tadi saya disambut dengan kabar kematian Michale Jackson sejurus saya menjejakkan kaki keluar dari tandas. Ternyata hari ini kawan saya itu lebih dulu membuka komputernya daripada saya.

Selepas membaca beberapa rangkaian berita di internet, saya mempost serangkap ayat di buletin myspace tentang kematian MJ, saya menyatakan yang kematianya ini mengembalikan ingatan saya pada zaman sewaktu sekolah rendah saya dulu. Tarianya yang unik, siapa yang tidak terpikat dengan tarian Moon walk dan anti gravitynya. Jaket merahnya dan stokin putihnya dipadankan dengan kasut hitam.

Saya bertanya kepada seorang kawan saya tentang impak kematian MJ padanya, dan ternyata pendapatnya sama seperti saya, mungkin kerana dia juga lahir pada sekitar tahun 80an dan membesar ditengah tengah naiknya nama MJ pada waktu itu. MJ adalah icon populariti tahun 80an dan akhir tahun 90an tambahnya.

Saya masih ingat waktu itu, saya begitu ketagih bermain game MJ di sebuah kedai game. saya sangat mengaguminya sebagai hero dalam game itu membunuh zombie-zombie, ditambah dengan lagu "Beat It" dan "Smooth Criminal" menambahkan lagi semangat.Begitu populariti MJ waktu itu tidak habis dengan jualan album atau merchandise lainya tapi sampai ke perisian game.

Oleh kerana game ini masih baru dan adalah satu-satunya mesin game yang ada di pekan itu maka berduyun duyun la mat-mat game membanjiri kedai itu padahal gamenya cuma ada satu. Disebabkan situasi ini saya jadi jarang mendapat peluang bermain game itu. Orang-orang yang jauh lebih dewasa lebih memonopoli game itu. Lumrah orang yang lebih berkuasa.

Hari ini hampir seluruh masyarakat dunia menyaksikan kepergian MJ. Antara saya dan MJ ada ceritanya sendiri. MJ menyimpan memori masa lalu saya. Selamat jalan Michael Jackson. Rest in peace.