Wednesday, October 05, 2005

Hujan dan Demam

Sehingga saat ini badanku masih terasa lemah akibat dari pengambilan ubat batuk dan pil selsema berkaler pink semalam. Malam semalam saya susah hendak tidur kerana batuk-batuk yang tak henti-henti, kesian Azam yang tidur sebelah dengan saya malam tu.

Hari ini aku bangun dengan keadaan lemah, pancaran matahari pagi yang keluar dari celah-celah tingkap pagi tadi semacam menyapaku memberitaku tentang tiadanya pilihan untuk aku, Matahari memberitahuku tentang hari ini adalah hari yang indah, matahari memujukku, memberikan semangat, dan mungkin dengan semangat itu aku masih berada di opis ini lagi barangkali. Aku sempat singgah di restoran mapley bersarapankan sekeping roti canai, rasanya liat dan tawar tak sedap langsung tapi rasa lapar sebab semalam tak makan membuatkan roti itu lenyap juga dari pandangan aku dan orang-orang yang ada di situ.

Waktu ini aku masih merasa lemah, tidak bermaya, walaupun demam yang aku rasa hari ini lebih baik dari semalam. Aku banyak diam dari bercakap, aku tidak punya alasan untuk senyum dan mungkin ada orang-orang yang berkata dalam hatinya kenapa akhdan kurang bercakap hari ini. Pandanganku sedikit kelam dan suram, Tapi aku merasa sedikit rilek dan tenang dengan keadaan begini. Kini, yang tinggal hanyalah keheningan.

Mungkin aku perlu memujuk hatiku sendiri. Yang aku ini tidak lama lagi aku akan sembuh. Memang sekarang ni cuaca tidak menentu, hujan selalu turun. Dan hujan adalah petunjuk, mungkin juga sebuah makna atau rahsia kepada setiap yang hidup.

Ini adalah apa yang dapat aku huraikan dari hujan, hujan memberiku demam dan selsema seterusnya batuk-batuk dan beberapa gejala lagi dan melalui sakit ini aku diingatkan akan makna sebuah kesihatan, tentang bagaimana saya menghargai kesihatan. Sakit ini memberi paparan kepada aku tentang benda-benda yang berkait di persekitaran saya, tentang kes-kes denggi yang menjadi kebimbangan dan bualan disana sini, atau mungkin juga kes-kes demam selsema burung yang sudahpun meragut beberapa korban nyawa di indonesia. Mungkin juga tentang kenaikan harga rokok yang baru diumumkan beberapa hari lalu, sama dengan meningkatnya kematian akibat kenser yang diakibatkan oleh asap rokok.

Friday, August 05, 2005

Kisah sedih di hari minggu

Sudah hampir dua minggu aku memakai spek baru yang aku buat secara tergesa-gesa di sebuah pusat membeli belah yang mengalir di tengah-tengahnya sungai sambil sekali sekala dapat dilihat orang yang berwajah muram menaiki bot yang dihiasi di sekelilingnya bunga plastik menyusur perlahan merentasi sungai itu. Mujur saja ada potongan harga waktu itu, tapi kalau takder potongan pun aku kena buat juga. Spekku yg lama hancur di pijak manusia-manusia riang gembira di gig domestik doktrin dua minggu yang lalu. Kini aku hanya mampu melihat tangkai spekku yang tidak ada bezaanya dengan besi buruk yang tidak punya nilai. Kelekaan berborak dengan anak-anak domestik doktrin membuat aku lupa pada spek aku waktu itu, anak-anak domestik doktrin memang cool, saya sangat gembira dapat bertemu dengan meraka tapi kegembiraan tidak lama kerana mereka harus pulang ke bandung, indonesia, semoga kita dapat bertemu lagi.

Dua hari tanpa spek ialah hari yang paling tidak selesa bagi saya, semuanya serba tak kena, mataku semacam bermusuh dengan apa yang dilihatnya. ia semacam sudah bercerai talak satu dengan kejauhan, dalam hatiku selalu terkenang saat bila mataku akan kembali bertautan dengan kejauhan sekaligus membuang segala kekaburan lalu kecerahan kembali berkuasa. Bayangkan sajalah keayuan seorang wanita cantik lagi comel tidak lagi menjadi sebuah panorama indah waktu itu . Kini aku kembali merindu pada masa laluku, waktu aku belum pakai spek dulu, waktu itu aku tidak perlu tercari cari spek sewaktu nak keluar rumah, aku juga tidak perlu tercari-cari orang yang boleh menjaga spekku kalau aku mau ber slam and mosh atau kalau aku nak perform bersama SAM atau JAHAT, Aku sudah terlupa tentang nikmat-nikmat masa itu rupanya. Seketika tak berspek itu juga membawa aku teringat kepada sebuah filem lakonan P.ramlee tajuknya “Ibu Mertuaku”, aku jadi sedikit tak puas hati dengan keputusan yang diambil oleh karekter yang dipegang oleh P.ramlee dalam filem tu, aku teringat tentang ramainya lah lagi manusia yang ingin menikmati keindahan alam, melihat kehijauan pokok-pokok dan ke”cute”an awek-awek yang lalu didepan mereka, tapi dalam filem tu, senang-senang jer dia cucuk mata dia dengan garpu, ini sebuah filem yang bagus aku rasa.

Dua hari yang kelam itu kini berakhirr dengan sebuah spek baru, kini aku dapat kembali hari-hari ceriaku, awek-awek yang hakikatnya jelita kini kembali kepada hakikatnya, tidak ada lagi ketakutan pada kejauhan yang selanjutnya boleh membuat kepala ku pening.


Playlist: Seein red- Discography(93-95), Arkangel-I hope you die by overdose, The Killer- Hot fuss, Muse- lagu Hysteria, Agnes monica.

Thursday, May 26, 2005

Modenisasi dan romantika memberus kain

Matahari baru memulakan langkahnya ke pendakian tertinggi, ibu ayam dan anak-anaknya dari tadi meninggalkan rebannya, burung-burung pula sudah mula membuat suasana pagi kelihatan pagi lah sesangat. Ada bualan-bualan macam kat kedai kopi lak, isi ceritanya mungkin saja pasal anaknya yang tak boleh tidur semalam sebab sakit perut, atau anaknya yang malas pegi sekolah hari ini, kadang-kadang topiknya boleh berubah-ubah mengikut mood atau suasana, mereka adalah makcik-makcik yang sedang duduk mencangkung hanya berkemban berdepan dengan kain-kain dan buih-buih sabun cap trojan, masing-maisng sedang giat memberus kain di tepi sebuah perigi yang sudah disimen disekelilingnya.
Pemandangan macam ni aku pernah tengok kat kampung time aku kecik-kecik dulu. Tapi ini cara lama, pemandangan macam ni pun sudah jarang dilihat. Sekarang makcik-makcik cuma perlu sumbatkan kain dalam mesin basuh dan tinggalkan, semuanya akan jadi mudah dan cepat. Untuk lagi mudah, sekarang ni sudah ada kedai-kedai yang menyediakan khidmat mencuci kain atau lebih mesra dipanggil dengan kedai dobi.
Cara ni selalu dipraktikkan oleh golongan-golongan bujang. Sambil-sambil nak pegi kerja singgah sebentar di kedai dobi menghantar kain, bila time balik kerja, singgah lagi, bayar dan bawa pakaian yang sudah siap dicuci, siap dah lipat lagi. pokoknya memang menyenangkan hati lah. Dan perkara ini juga berlaku dikalangan beberapa pemuda-pemuda bujang dirumah saya termasuk lah saya sendiri, Seawal pukul 8.30 saya akan menghantar pakaian kotor saya ke dobi, kini saya tidak lagi perlu membanting tulang untuk membasuh baju-baju saya. Perkara ini juga menjadikan rutin harian saya berubah, kini waktu yang sepatutnya dipakai mencuci kain digantikan dengan aktiviti lain seperti tidur dan beberapa aktiviti lain. Tapi perkara yang saya kira akan menyenangkan saya ini tidak lah lama, setelah beberapa kali berbuat demikian saya mula merasakan sesuatu, Saya tidak tahan dengan bau wangi pelembut kain yang digunakan oleh kedai dobi tersebut, baunya melekat pada pakaian, kadang-kadang sampai ke satu tahap saya akan merasa pening dengan bau itu dan mula terasa macam nak muntah. Saya berhenti menghantar pakaian kotor saya ke dobi dan kembali ke cara lama.
Tapi sejak beberapa waktu yang lalu saya kembali terfikir-fikir yang kemodenan hidup masakini hanya melahirkan masyarakat yang malas, sekaligus secara perlahan akan membunuh saat-saat romantik mencuci kain, saya mula tertanya-tanya, apa mungkin suatu hari nanti mencuci kain pakai tangan akan pupus dari ingatan manusia, sampai tidak ada seorang pun yang tau mencuci kain pakai berus kain, atau apa mungkin suatu hari nanti kilang-kilang yang membuat berus kain akan jatuh bangkrup lalu pupus juga. sekarang mesin basuh sudah mengambil alih kerja-kerja yang dibuat oleh berus kain.
Saya sendiri sebenarnya punya masa yang cukup untuk cuci kain dirumah, dengan berbekalkan sedikit tenaga, sabun daia dan berus kain. Tapi disebabkan saya mula malas dan tenggelam dengan kemodenan, saya akhirnya mula menghantar juga pakaian kotor saya ke dobi, saya tidak lagi melakukan perkara yang saya sendiri mengakuinya sebagai perkara yang mudah dan boleh saya lakukan sendiri. Dan yang malangnya, sebab saya berhenti menghantar pakaian kotor saya ke dobi ialah kerana saya elergik dengan wangian yang melekat pada pakaian tersebut bukan sebab mau mengekalkan romantika memberus kain.

Wednesday, May 11, 2005

Jerawat dan Saya

Sudah beberapa hari ni aku jadi perhatian, bukan sebab aku baru potong rambut atau sebab aku kelihatan macam orang yang sedang kelaparan, tapi pasal beberapa ketul jerawat yang tumbuh diatas dahi aku ni. Aku rasa, muka aku tidak ubah macam blogger dan jerawat-jerawat ni pula adalah tulisan-tulisan yang baru diupdate, dan orang-orang yang menegur itu pula macam suara-suara yang tershout di shout box...he..he, dan pasti pula suara-suara yang menegur itu berbeza-beza bunyinya.

Ada kedengaran bunyi-bunyi yang berkata "weii kat dahi ko tu ada jerawat, mungkin ko kena pakai pencuci muka yang lebih bagus, ko nak ker, nanti besok aku bawakan, murah jer" ada juga suara-suara yang kedengaran biasa-biasa jer, contohnya "wei ada jerawat kt dahi ko, apasal tuu?" bunyinya macam meminta jawapan, tapi aku pun tidak pasti kenapa, Dua hari lalu aku lepak dengan lin dan tika disebuah kedai makan, tik cakap maybe jerawat tu sebab hormon tak betul, aku tanya apa yang mempengaruhi hormon, dia cakaplah aktiviti, emosi dan pemakanan. Dulu time aku masih dialam persekolahan seorang pakcik pernah berkata kat aku, dia cakap jerawat kalau tumbuh kat hidung, itu tandanya tengh jatuh cinta atau tengah dilamun cinta, aku teringat pada tulisan mat jan dalam blognya yang menulis tentang jerawtnya yang tumbuh kat hidung time tu yang membuatkan dia kelihatan lebih mancung dari biasa, dia cuma cakap begitu, dan kalau teori pakcik tu benar apakah mungkin ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh mat jan time tu hehehe. Tapi aku rasa pakcik tu saja nak mengusik aku.

Tapi ni kira ok lagi lah, jerawat ni kat dahi jer siiznya pun tidak lah terlalu besar dan mungkin tidak lah terlalu mengambil masa untuk sembuh, kalau kena jerawat batu macamna, aku masih ingat dulu aku pernah kena jerawat batu atas kepala, boleh tahan juga lah sakitnya, pastikan anda berhati-hati kalau menyikat rambut ok nanti kena kat jerawat tu. Yang lebih dasyat kalau jerawat batu tumbuh di dalam lubang hidung..haha.

Tuesday, March 29, 2005

Hari ahad dan Awek-awek Cute

Seawal pagi, belum pukul sepuluh lagi, saya sudah berdiri di bumi kl, bandar yang penuh kekeliruan. Bas tu turun betul-betul di depan Pasar Seni. Malam tu aku berada di shah alam sebab jamm gan band thrashcore kononya di sana, namanya "JAHAT". aku balik awal pagi sebab kena masuk kerja, walaupun hari ahad adalah hari cuti di tempat aku kerja, tapi sebab kerja yang berlambak di atas meja, terpaksalah.

Turun dari bas aku berjalan sedikit perlahan menuju ke lokasi stesen bas ke serdang, singgah sebentar ke kedai yang banyak menjual vcd, Banyak vcd filem Taiwan dan Hong Kong. Mata aku tertumpu pada satu set vcd, tajuknya "SEPET", filem ni jadi perbualan hangat di kalangan kawan serumah aku apa lagi selepas diorang pegi tengok filem ni kat pawagam hari tu, diorang kata filem ni bagus, lain sikit walaupun filem ni tak lari dari cerita cinta muda-mudinya, ntah lah aku pun belum tengok lagi. Ada juga rasa macam nak beli, tapi nantilah lepas gaji, duit yang aku ada skang ni nak pakai buat menampung perbelanjaan pegi jb minggu depan, "JAHAT" perform time tu.

Aku keluar dari kedai tu, aku ingat nak round lagi tapi kedai seterusnya tak bukak lagi, baru aku sedar jam baru pukul sepuluh pagi, macam tak pecaya pulak aku berada di kl pukul sepuluh pagi, awal tuhh, selalunya kalau cuti macam ni aku masih berada di tempat tidur. aku terus berjalan sampai ke stesen bas ke serdang, bas belum sampai lagi, aku berdiri kebelakang sedikit dari orang-orang yang duduk di tempat tu, sambil tu aku memerhatikan beberapa orang di situ, aku bajet ni mesti student-student dari upm, agaknya diorang pun tengah tunggu bas nak balik sana.
Mata aku terpandang beberapa orang perempuan yang aku kira dalam linkungann awal 20an camtu lah kira-kiranya, ada seorang di depan sebelah kiri aku, pakai tudung coklat, berseluar panjang dan menyandang sebuah beg yang isinya masih jadi misteri sampai sekarang, secara spontan aku pandang, tak elok pandang lama-lama nanti orang akan rasa terganggu. kulitnya standard orang melayu tidak hitam tidak juga putih, tapi mukanya sedikit resah, keresahanya bertambah tertonjol sebab dia berdiri, tapi kenapa, aku saja bertanya pada diri aku sekurang-kurangnya dapat abiskan masa yang terluang ini sambil tunggu bas. Barangkali saja dia resah sebab bas tidak kunjung tiba atau mungkin juga orang yang ditunggu tak datang-datang, janji pukul sepuluh tapi dah sepuluh setengah tak sampai-sampai juga, aku buat teori sepontan. Penyebok tul aku ni, mengingatkan itu, sangkaan aku berubah, ada betulnya kalau diorang tunggu kawan diorang, memang sedikit logik sebab takkan nak balik asrama pagi-pagi buta, hari ahad lak tu, hari paling bermakna untuk orang muda, Keluar asrama awal pagi ahad n pergi chill out memang logik jugak. mata aku macam dah bosan memerhatikan perempuan yang ada di depan aku, aku ke depan sikit...aku terperasan ada sorang lagi dak pompuan yang duduk disebelah awek tadi, yang satu ini sedikit lebih cerah dari yang tadi, jerawatnya jelas kelihatan sebab mukanya putih, mesti dia pakai pencuci muka jenama fair and lovely pasal tu muka dia putih, tapi jerawatnya pula bagaimana?..mungkin dia tak ngam gan pencuci muka tu dia kena carik yang lain agaknya. bertudung kemas tapi tidak bawa beg, sudah ...jangan pandang lagi, sebenarnya aku pandang secara spontan jer, aku tak nak orang rasa terganggu, aku nak kalau orang yang ada disekeliling aku selalu rasa selamat, merasa selalu selamat itu hak setiap orang yang hidup.

Di atas bas aku berfikir sendiri, aku cuba buat perbandingan. Aku kembali memikirkan wanita-wanita yang hidup di zaman dulu,zaman nenek-nenek aku dulu,zaman sebelum wujudnya brand macam Fair and Lovely, Nivea, Cleo dan macam-macam lagilah jenama kecantikan lainnya. Aku hampir percaya kalau wanita zaman sekarang ni jauh lebih menarik dari wanita zaman dulu, aku hampir yakin sebab teknologi sekarang ni memang terbukti dan mampu ubah segalanya, semuanya boleh jadi asalkan ada duit. Beberapa bulan yang lalu seorang wanita yang berambut perang dan digerintingkan sebahagiannya datang melawat kawannya yang juga adalah kawan seopis saya, mereka bercerita sesuatu, saya rasa mereka memperkatakan tentang rambut. Selepas wanita itu beredar kawan saya itu berkata pada saya yang kawanya tadi baru saja lepas membuat pakej rawatan rambut yang berharga rm500, wahh saya sedikit heran, duit sebanyak itu aku boleh buat touring pergi indonesia. Itu baru rambut belum masuk yang lain-lain lagi. Saya juga pernah terbaca tentang pengalaman seorang wartawan yang berkunjung ke jepun, dia tertarik dengan wanita remaja disana yang ayu-ayu dan berhidung mancung. Seseorang memberitahunya yang semua mudah saja sebab disana banyak klinik-klinik swasta yang boleh buat buat hidung orang asia jadi tinggi asalkan ada wang.

Ini mungkin pasal teknologi, saya tidak pula berkata kalau zaman dulu wanita tidak pandai bersolek atau menjaga kecantikan, tapi mungkin tahap kepuasannya tidak sama dengan zaman sekarang. bayangkan saja kalau seorang wanita yang wajahnya penuh parut jerawat, hitam dan macam2 lagi masalah yang ada pada wajahnya, Boleh jadi cute, putih bersinar-sinar dan macam-macam lagi lah jenis pujian yang orang akan cakap contohnya, wahhh canteknya ko, wahh ko dah cute lah skang. Semua tu akan terjadi selepas menjalani rawatan berteknologi tinggi macam rawatan lazer contohnya. Dan kalau saja perempuan itu berada di zaman dulu pasti mukanya tidak akan dapat pujian-pujian yang aku cakap tadi. Tapi aku rasa semua itu ada hikmahnya, aku tidak rasa kalau perempuan-perempuan yang hidup dizaman dulu akan rasa rugi, menyesal atau bengang sebab tidak dapat hidup di zaman ini dengan segala macam kemudahan rawatan kecantikan. Aku rasa ini macam satu ke"terjebak"kan, wanita yang hidup dizaman dulu tidak akan rasa rugi sebab diorang tidak terjebak atau tau akan wujud suatu hari nanti bermacam-macam teknologi yang boleh buat perempuan macam diorang tu jadi kelihatan menawan, diorang akan rasa cukup dengan menempel bedak sejuk buatan sendiri kemuka diorang atau minum jamu. Sedangkan wanita zaman sekarang inilah yang terpaksa menanggung bebanan pembangunan teknologi kecantikan. Mereka terpaksa keluar wang untuk beli pencuci muka, beli pelembap bibir, pelembap muka dan macam-macam lagi macam kawan-kawan pompuan aku, dan wang lah yang menjadi beban dan penyakit manusia zaman ini sebenarnya. ehhh...dah dekat nak sampai, aku kena tekan loceng nak turun bas ni... bye.

Thursday, February 10, 2005

Gong Xi Fa Chai dan Cuti Yang Tidak Termanfaat

Selamat tahun baru cina lah aper-aper hal pun. Cuti tahun baru ni maknanya banyak lah aktiviti-aktiviti yang yang buat kita riang gembira macam angpau, kueh (kueh yang takder babi..kalau ader pun leh gak makan), amoi yang bertambah cute sebab pakai baju baru, kena jemput pegi rumah terbuka, dan beberapa yang tak best yang masih berkait dengan rumah macam rumah kena masuk pencuri dan rumah terbakar sebab kena mercun.
Selain hari raya, tahun baru cina ni antara perayaan yang beri aku peluang untuk cuti lama sikit sebab owner tempat aku keje berbangsa cina...tapi tu dia leh cakap orang selain yang berbangsa cina digalakkan buat OT, kata-kata itu tidak lain ditujukan pada orang-orang melayu.
Bagi aku lak aku belasah lah cuti yang diorang dah bagi, bagi aku aku masih percaya yang kerja itu macam satu penjara, tak percaya keje lah, jiwa selalu memberontak lari dari konkongan dan cari life, macam yang dhani tulis dalam benzine tu, kawan aku pun dari penang sanggup datang jauh-jauh nak tengok gig dengan alasan mau mencari life, dia malas dan benci gan semua keboringan.... nah itu dia anak muda. Tapi sebaliknya lah pulak, sejak dua hari yang lalu aku tidak merasa kalau cuti yang hampir-hampir satu minggu ini terisi dengan baik. semuanya biasa-biasa saja, tidur lewat, bangun lewat mandi dan makan.

Thursday, February 03, 2005

Pagi tidak selalunya indah

Pagi ini, seawal jam 7 aku sudah bangun, memang dari semalam kepala aku sakit, kenapa dia datang lagi, maksud aku sakit itu, sakit itu semua orang panggil migrain. Beberapa bulan lalu selepas saja aku mengamalkan pakai spek ni, orang cakap aku macam nerd tapi itu semua tidak jadi malasah bagi aku sebab aku rasa selesa betul bila setiap hujung minggu setelah penat berjalan-jalan aku tidak lagi di serang penyakit yang aku sebut tadi. Tapi apasal semenjak dua tiga minggu lalu kepala aku semacam diberi amaran yang sakit lama akan berulang kembali, tapi ini mungkin bagus sebab aku diberi tanda-tanda serangan, tidak macam di aceh datang tidak dijemput pulang tidak dihantar, ada pula diantaranya yang matinya tidak dikubur.
Apa-apa hal pun terima kasih kepada teman serumahku yang yang pernah sakit lalu sempat ke kelinik, ubat penahan sakitnya juga yang sedikit sebanyak menyebabkan sakit aku sedikit menurun, sebelum aku berkunjung ke kelinik, terima kasih juga kepada doktor yang bagi cuti, kerana dengan izinya aku dapat menulis catatan ini.