Seawal pagi, belum pukul sepuluh lagi, saya sudah berdiri di bumi kl, bandar yang penuh kekeliruan. Bas tu turun betul-betul di depan Pasar Seni. Malam tu aku berada di shah alam sebab jamm gan band thrashcore kononya di sana, namanya "JAHAT". aku balik awal pagi sebab kena masuk kerja, walaupun hari ahad adalah hari cuti di tempat aku kerja, tapi sebab kerja yang berlambak di atas meja, terpaksalah.
Turun dari bas aku berjalan sedikit perlahan menuju ke lokasi stesen bas ke serdang, singgah sebentar ke kedai yang banyak menjual vcd, Banyak vcd filem Taiwan dan Hong Kong. Mata aku tertumpu pada satu set vcd, tajuknya "SEPET", filem ni jadi perbualan hangat di kalangan kawan serumah aku apa lagi selepas diorang pegi tengok filem ni kat pawagam hari tu, diorang kata filem ni bagus, lain sikit walaupun filem ni tak lari dari cerita cinta muda-mudinya, ntah lah aku pun belum tengok lagi. Ada juga rasa macam nak beli, tapi nantilah lepas gaji, duit yang aku ada skang ni nak pakai buat menampung perbelanjaan pegi jb minggu depan, "JAHAT" perform time tu.
Aku keluar dari kedai tu, aku ingat nak round lagi tapi kedai seterusnya tak bukak lagi, baru aku sedar jam baru pukul sepuluh pagi, macam tak pecaya pulak aku berada di kl pukul sepuluh pagi, awal tuhh, selalunya kalau cuti macam ni aku masih berada di tempat tidur. aku terus berjalan sampai ke stesen bas ke serdang, bas belum sampai lagi, aku berdiri kebelakang sedikit dari orang-orang yang duduk di tempat tu, sambil tu aku memerhatikan beberapa orang di situ, aku bajet ni mesti student-student dari upm, agaknya diorang pun tengah tunggu bas nak balik sana.
Mata aku terpandang beberapa orang perempuan yang aku kira dalam linkungann awal 20an camtu lah kira-kiranya, ada seorang di depan sebelah kiri aku, pakai tudung coklat, berseluar panjang dan menyandang sebuah beg yang isinya masih jadi misteri sampai sekarang, secara spontan aku pandang, tak elok pandang lama-lama nanti orang akan rasa terganggu. kulitnya standard orang melayu tidak hitam tidak juga putih, tapi mukanya sedikit resah, keresahanya bertambah tertonjol sebab dia berdiri, tapi kenapa, aku saja bertanya pada diri aku sekurang-kurangnya dapat abiskan masa yang terluang ini sambil tunggu bas. Barangkali saja dia resah sebab bas tidak kunjung tiba atau mungkin juga orang yang ditunggu tak datang-datang, janji pukul sepuluh tapi dah sepuluh setengah tak sampai-sampai juga, aku buat teori sepontan. Penyebok tul aku ni, mengingatkan itu, sangkaan aku berubah, ada betulnya kalau diorang tunggu kawan diorang, memang sedikit logik sebab takkan nak balik asrama pagi-pagi buta, hari ahad lak tu, hari paling bermakna untuk orang muda, Keluar asrama awal pagi ahad n pergi chill out memang logik jugak. mata aku macam dah bosan memerhatikan perempuan yang ada di depan aku, aku ke depan sikit...aku terperasan ada sorang lagi dak pompuan yang duduk disebelah awek tadi, yang satu ini sedikit lebih cerah dari yang tadi, jerawatnya jelas kelihatan sebab mukanya putih, mesti dia pakai pencuci muka jenama fair and lovely pasal tu muka dia putih, tapi jerawatnya pula bagaimana?..mungkin dia tak ngam gan pencuci muka tu dia kena carik yang lain agaknya. bertudung kemas tapi tidak bawa beg, sudah ...jangan pandang lagi, sebenarnya aku pandang secara spontan jer, aku tak nak orang rasa terganggu, aku nak kalau orang yang ada disekeliling aku selalu rasa selamat, merasa selalu selamat itu hak setiap orang yang hidup.
Di atas bas aku berfikir sendiri, aku cuba buat perbandingan. Aku kembali memikirkan wanita-wanita yang hidup di zaman dulu,zaman nenek-nenek aku dulu,zaman sebelum wujudnya brand macam Fair and Lovely, Nivea, Cleo dan macam-macam lagilah jenama kecantikan lainnya. Aku hampir percaya kalau wanita zaman sekarang ni jauh lebih menarik dari wanita zaman dulu, aku hampir yakin sebab teknologi sekarang ni memang terbukti dan mampu ubah segalanya, semuanya boleh jadi asalkan ada duit. Beberapa bulan yang lalu seorang wanita yang berambut perang dan digerintingkan sebahagiannya datang melawat kawannya yang juga adalah kawan seopis saya, mereka bercerita sesuatu, saya rasa mereka memperkatakan tentang rambut. Selepas wanita itu beredar kawan saya itu berkata pada saya yang kawanya tadi baru saja lepas membuat pakej rawatan rambut yang berharga rm500, wahh saya sedikit heran, duit sebanyak itu aku boleh buat touring pergi indonesia. Itu baru rambut belum masuk yang lain-lain lagi. Saya juga pernah terbaca tentang pengalaman seorang wartawan yang berkunjung ke jepun, dia tertarik dengan wanita remaja disana yang ayu-ayu dan berhidung mancung. Seseorang memberitahunya yang semua mudah saja sebab disana banyak klinik-klinik swasta yang boleh buat buat hidung orang asia jadi tinggi asalkan ada wang.
Ini mungkin pasal teknologi, saya tidak pula berkata kalau zaman dulu wanita tidak pandai bersolek atau menjaga kecantikan, tapi mungkin tahap kepuasannya tidak sama dengan zaman sekarang. bayangkan saja kalau seorang wanita yang wajahnya penuh parut jerawat, hitam dan macam2 lagi masalah yang ada pada wajahnya, Boleh jadi cute, putih bersinar-sinar dan macam-macam lagi lah jenis pujian yang orang akan cakap contohnya, wahhh canteknya ko, wahh ko dah cute lah skang. Semua tu akan terjadi selepas menjalani rawatan berteknologi tinggi macam rawatan lazer contohnya. Dan kalau saja perempuan itu berada di zaman dulu pasti mukanya tidak akan dapat pujian-pujian yang aku cakap tadi. Tapi aku rasa semua itu ada hikmahnya, aku tidak rasa kalau perempuan-perempuan yang hidup dizaman dulu akan rasa rugi, menyesal atau bengang sebab tidak dapat hidup di zaman ini dengan segala macam kemudahan rawatan kecantikan. Aku rasa ini macam satu ke"terjebak"kan, wanita yang hidup dizaman dulu tidak akan rasa rugi sebab diorang tidak terjebak atau tau akan wujud suatu hari nanti bermacam-macam teknologi yang boleh buat perempuan macam diorang tu jadi kelihatan menawan, diorang akan rasa cukup dengan menempel bedak sejuk buatan sendiri kemuka diorang atau minum jamu. Sedangkan wanita zaman sekarang inilah yang terpaksa menanggung bebanan pembangunan teknologi kecantikan. Mereka terpaksa keluar wang untuk beli pencuci muka, beli pelembap bibir, pelembap muka dan macam-macam lagi macam kawan-kawan pompuan aku, dan wang lah yang menjadi beban dan penyakit manusia zaman ini sebenarnya. ehhh...dah dekat nak sampai, aku kena tekan loceng nak turun bas ni... bye.
Tuesday, March 29, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Mereka terpaksa keluar wang untuk beli pencuci muka, beli pelembap bibir, pelembap muka dan macam-macam lagi macam kawan-kawan pompuan aku, dan wang lah yang menjadi beban dan penyakit manusia zaman ini sebenarnya.
...sampai jadi lembab sebab asek guna pelembab je.
Post a Comment