Thursday, February 10, 2005

Gong Xi Fa Chai dan Cuti Yang Tidak Termanfaat

Selamat tahun baru cina lah aper-aper hal pun. Cuti tahun baru ni maknanya banyak lah aktiviti-aktiviti yang yang buat kita riang gembira macam angpau, kueh (kueh yang takder babi..kalau ader pun leh gak makan), amoi yang bertambah cute sebab pakai baju baru, kena jemput pegi rumah terbuka, dan beberapa yang tak best yang masih berkait dengan rumah macam rumah kena masuk pencuri dan rumah terbakar sebab kena mercun.
Selain hari raya, tahun baru cina ni antara perayaan yang beri aku peluang untuk cuti lama sikit sebab owner tempat aku keje berbangsa cina...tapi tu dia leh cakap orang selain yang berbangsa cina digalakkan buat OT, kata-kata itu tidak lain ditujukan pada orang-orang melayu.
Bagi aku lak aku belasah lah cuti yang diorang dah bagi, bagi aku aku masih percaya yang kerja itu macam satu penjara, tak percaya keje lah, jiwa selalu memberontak lari dari konkongan dan cari life, macam yang dhani tulis dalam benzine tu, kawan aku pun dari penang sanggup datang jauh-jauh nak tengok gig dengan alasan mau mencari life, dia malas dan benci gan semua keboringan.... nah itu dia anak muda. Tapi sebaliknya lah pulak, sejak dua hari yang lalu aku tidak merasa kalau cuti yang hampir-hampir satu minggu ini terisi dengan baik. semuanya biasa-biasa saja, tidur lewat, bangun lewat mandi dan makan.

3 comments:

syik s. said...

ek eleh adan, cuti aku lagi banyak membazir!

nobeat said...

sabtu nih aku lanyak ko cukup cukup

Dhani said...

weh akhdan. sorry tak reply msg ko. aku tak gi ah demo ari ni. aku ada paper [fina exam] kul 10 ari ni. abis kul 12. kalo aku gi pun, macam dah abis jek demo tu. rugi gak ah tak dpt gi!