Wednesday, September 09, 2009

Hujung minggu ini saya akan ke Lapangan Terbang untuk menjemput dua orang kawan yang akan pulang Berhari Raya. Mungkin hujung minggu ini adalah minggu permulaan kerumunan warga bandar mula pulang ke kampung. Bermulanya kepulangan orang-orang dari bandar untuk beraya di kampung beerti kita semakin menghampiri hujung bulan ramadan dan kita semakin menghampiri bulan syawal.

Perbualan saya dengan seorang kawan beberapa hari lalu tentang bulan ramadan mengembalikan ingatan saya pada seorang kawan lama, seorang pengembara muda Amerika yang sempat singgah di Malaysia dan tinggal beberapa hari di rumah seorang kawan saya. Saya masih ingat waktu saya berbual-bual denganya sambil mengisap rokok Gudang Garam, dia amat menyukai rokok tersebut kerana menurutnya rokok tersebut manis.

Katanya lagi "Puasa mengajar saya menghargai makanan" itu diucapkanya selepas ikut berpuasa sama, kerana kebetulan waktu itu bulan Ramadan. saya kurang tau berapa hari dia ikut berpuasa. Setau saya dia bukan seorang muslim, cuma mau merasakan bagaimana pengalaman berpuasa barangkali. Saya melihat dia sebagai seorang yang pandai menghargai pengalaman perjalanan hidupnya, mencari rasional dari apa yang diperbuat. Apa yang lebih penting dari mendapat kepuasan atau makna dari apa yang telah kita lakukan.

Setidaknya dia sudah punya alasan kenapa dia berpuasa. Sikap yang perlu dikembangkan tidak sekadar dalam berpuasa tapi pada setiap apa yang kita lakukan.

Saya merenung banyaknya juadah yang terhidang di atas meja dan memikirkan kembali kata-kata pengembara muda itu, "Puasa mengajar saya menghargai makanan".


Band2 yg menguja waktu ini: Cats on Fire - Our Temperance Movement, Cross Examination - Menace II Sobriety, Mighty Lemon Drops- world without end, ROT - a long cold stare, Jedi Mind Tricks - A History Of Violence, Fistfuck-Rock N Roll Nightmare

7 comments:

faqhrule said...

juadah buka puasa apa yang best kat sana dan?

Freeviolence said...

haha.. hurmm.. bubur pisang hijau kot.. sedapppp

ko dtg la cni, kita gi makan bubur pisang hijau

Shahrul Tanaka said...

benar kata2 anak muda amerika itu..

fiqah idris said...

menyediakan duit raya.
itu lagi penting dalam menjadi org dewasa pada bulan syawal yg bakal menjelang.
of cuz la aku dlm golongan "nak duit raya"
lalalal

dean said...

sape beb? aku mcm kenal je... anyway, stadium shah alam makin meriah beb!!!

Aza said...

Sejak bila kau merokok??? Seingatku dulu x pernah lagi kulihat kau merokok?

SUXX said...

i pun ada blog jahat!.haha